-
Apakah yang berlaku?
Seorang pekerja sedang memasang peralatan slickline di dalam rangka pengangkat tiub berlingkar (CTLF).
Semasa menurunkan wayar win utama, mereka mendengar bunyi daripada atas rangka.
Sebuah unit perumah brek 27kg (60paun), sebuah omboh brek 17kg (37paun) dan dua buah sesendal serong 4kg (9paun) terjatuh 24m (80kaki) ke lantai pelantar.
Dua daripada objek terjatuh dalam zon merah, sementara dua lagi masuk ke zon kuning.
Tidak ada yang cedera.
-
Kenapakah ia berlaku?
Perumah brek win rosak disebabkan tekanan lebih hidraulik.
- Sebuah brek sekunder telah dipasang dahulu sebagai langkah tambahan perlindungan.
- Setiap brek mempunyai injap menurunkan tekanannya sendiri, tetapi tiada perlindungan tekanan lebih sekunder pada brek sekunder sekiranya hos saliran tersumbat atau terputus. Ini membolehkan tekanan terbina di dalam injap penurunan dan perumah brek.
Tiada kaedah untuk memberitahu pekerja mengenai tekanan lebih brek win utama.
Reka bentuk telah diluluskan oleh pihak ketiga dalam lukisan sahaja, tanpa pemeriksaan fizikal. Gandingan sambungan pantas tidak dinyatakan dengan jelas di dalam lukisan.
Tiada pengesahan yang sistem telah dipasang dengan betul, selain daripada ujian fungsi, yang tidak bertahan secukupnya untuk tekanan meningkat naik.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Melakukan tinjauan keseluruhan dan mengkaji reka bentuk sistem hidraulik sebelum memulakan kerja, termasuklah pengesahan fizikal sistem. Memastikan lukisan reka bentuk sistem jelas dan meliputi semua peralatan.
Melaksanakan reka bentuk yang dinaik taraf - lengkap dengan perlindungan tekanan lebih kepada semua bahagian di dalam sistem.
Mengemas kini senarai semak penyelenggaraan dan kertas kerja yang berkaitan.
Melaksanakan prosedur pengesahan untuk memastikan peralatan telah dipasang dengan betul. Hasilkan dan
lancarkan proses pengesahan yang didokumenkan untuk memeriksa sistem cangkuk luar pesisir.
Syarikat pihak ketiga perlu melakukan pengesahan fizikal sistem yang baharu.
Mengkaji prosedur zon pengecualian.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Bagaimanakah ini boleh berlaku di sini? Apakah proses yang kita ada untuk mencegahnya?
Bagaimana anda boleh memeriksa yang peralatan brek hidraulik telah dipasang dengan betul dan diselenggara? Apakah ujian yang perlu kita lakukan?
Bagaimana anda tahu di mana zon pengecualian dan di mana selamat untuk berdiri semasa operasi mengangkat hari ini?
Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku, apakah prosedur kecemasan?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Seorang pekerja sedang memasang peralatan slickline di dalam rangka pengangkat tiub berlingkar (CTLF). Empat barang terjatuh 24m (80kaki) daripada atas rangka lantai pelantar. Tidak ada yang cedera.