Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Rangkaian Pembakaran HP

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Di atas kompleks pelantar minyak, pengeluaran ditutup untuk memperbaiki bahagian berlamina bebibir unsur aliran (FE) yang disambungkan kepada pembakaran tekanan tinggi (HP).

Kepala pembakar di bawah sapuan nitrogen sebelum pengasingan untuk membolehkan pecahan pembendungan digemburkan.

Proses pengasingan memasukkan sebuah injap (V1) di kepala pembakar pada sambungan dengan kepala pembakaran HP (kerja 1).

Selari dengan kerja pembaikan bebibir, injap hembus turun (BDV) tertutup yang tersekat, juga bersambung kepada rangkaian pembakaran HP, sedang digantikan (kerja 2) menggunakan perancangan pengasingan bebas.

Selepas menyiapkan pembaikan bebibir, pasukan itu meninggalkan injap V1 yang terasing untuk di letakkan penghadang tambahan untuk pengasingan sisi BDV.

Yang berikut telah berlaku:

Pasukan membakar pembakaran dan pakej gas bahan api (FG) disamakan tekanannya. Aliran daripada pakej FG dialih ke kepala pembakar.

Dua penggera tekanan berbunyi dan kebocoran pengesanan gas (10% LEL) telah dijumpai (kawasan M710 – lihat gambar rajah).

Pasukan tindak balas kecemasan luar pesisir (ERT) digerakkan.

Pengendali sistem kawalan agihan (DCS) menghentikan ketibaan gas bahan api ke kepala pembakar dan memulakan penutupan kecemasan (ESD).

Pengesan gas yang kedua mencapai 10% LEL.

ERT menjumpai sumber peningkatan tekanan dan injap V1 pengasingan pembakaran terbuka.

Semua kawasan dinyahtekanan dengan segera.

Tiada sesiapa yang tercedera, tetapi kejadian itu mempunyai potensi menyebabkan kemalangan. Injap keselamatan tekanan (PSV) mengalami kerosakan kecil.

Kompleks pelantar minyak luar pesisir
What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

Daripada menyalakan pembakar dengan menghidupkan telaga, pasukan pengeluaran memutuskan untuk menggunakan cara alternatif dengan menyalakan pembakar dengan menggunakan gas daripada pakej gas bahan api (FG) yang berfungsi pada 24 barg. Mereka mengandaikan yang titik suntikan FG terletak di aliran bawah V1.

Menggunakan HP, FG dan membiarkan injap V1 tertutup mengakibatkan tekanan pada bahagian rangkaian HP pembakaran melebihi tekanan semasa ia direka betuk.

Sebuah belos yang rosak di PSV pada pemisah M710 dan hujung terbuka pada bonet PSV yang sama menyebabkan pembebasan gas ke atmosfera semasa rangkaian pembakaran disamakan tekanannya.

Pasukan itu tidak mengendalikanya dengan prosedur kerja selamat yang betul:

  • Tiada prosedur pemula
  • Tiada proses pengurusan perubahan yang dikenakan pada perubahan yang biasa digunakan dalam urutan pemula.
  • Pengasingan ditutup tanpa mengikut prosedur yang betul.
  • PSF tidak dipasang dengan peranti pengesan kebocoran.
  • Pasukan itu berasa terdesak untuk menghidupkan semula loji dengan segera untuk meminimumkan jurang pengeluaran.
Gambar rajah menunjukkan injap pengasingan untuk kerja 1 tidak dibuka semula sebagai sebahagian proses penyahtinjaan.
What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Lakukan rondaan saluran pada rangkaian pembakaran untuk mengenal pasti semua injap pembakaran dan mengkaji semula pengurusan injap pembakaran.

Melakukan tinjauan lokasi dan menetapkan pelan tindakan untuk Psv hujung terbuka.

Memastikan perancangan sumber yang betul dilakukan untuk semua tugas.

Semua pekerja perlu membiasakan diri dengan prosedur, arahan di lapangan dan prosedur ‘henti kerja’.

Menguatkan perpaipan dan pengurusan menanda gambar rajah peralatan (P&ID) untuk pengasingan proses (andaian, persediaan, agihan, guna, kaji semula dan lain-lain).

Mengkaji semula prosedur pengasingan proses yang berkaitan.

What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Perubahan kaedah untuk satu tugas (menyalakan pembakar) mempunyai kesan yang besar pada kejadian keseluruhan – bagaimana perkara itu boleh berlaku dalam apa-apa yang anda lakukan hari ini?

Apabila memberikan gas bahan api untuk mencucuh pembakar, bagaimana anda boleh memeriksa lokasi yang betul titik suntikan?

Apabila beberapa kerja berjalan serentak, bagaimana anda boleh memastikan apa yang anda lakukan tidak menjejaskan kerja pasukan lain dan sebaliknya?

Pernahkah anda berasa tertekan masa untuk menyiapkan kerja anda? Bagaimana ini menjejaskan keputusan kerja anda?

Apakah yang anda harus lakukan sekiranya anda mendapati seseorang ‘mengambil jalan singkat’ untuk sesuatu kerja?

  • Apakah yang berlaku?

    Di atas kompleks pelantar minyak, pengeluaran ditutup untuk memperbaiki bahagian berlamina bebibir unsur aliran (FE) yang disambungkan kepada pembakaran tekanan tinggi (HP).

    Kepala pembakar di bawah sapuan nitrogen sebelum pengasingan untuk membolehkan pecahan pembendungan digemburkan.

    Proses pengasingan memasukkan sebuah injap (V1) di kepala pembakar pada sambungan dengan kepala pembakaran HP (kerja 1).

    Selari dengan kerja pembaikan bebibir, injap hembus turun (BDV) tertutup yang tersekat, juga bersambung kepada rangkaian pembakaran HP, sedang digantikan (kerja 2) menggunakan perancangan pengasingan bebas.

    Selepas menyiapkan pembaikan bebibir, pasukan itu meninggalkan injap V1 yang terasing untuk di letakkan penghadang tambahan untuk pengasingan sisi BDV.

    Yang berikut telah berlaku:

    Pasukan membakar pembakaran dan pakej gas bahan api (FG) disamakan tekanannya. Aliran daripada pakej FG dialih ke kepala pembakar.

    Dua penggera tekanan berbunyi dan kebocoran pengesanan gas (10% LEL) telah dijumpai (kawasan M710 – lihat gambar rajah).

    Pasukan tindak balas kecemasan luar pesisir (ERT) digerakkan.

    Pengendali sistem kawalan agihan (DCS) menghentikan ketibaan gas bahan api ke kepala pembakar dan memulakan penutupan kecemasan (ESD).

    Pengesan gas yang kedua mencapai 10% LEL.

    ERT menjumpai sumber peningkatan tekanan dan injap V1 pengasingan pembakaran terbuka.

    Semua kawasan dinyahtekanan dengan segera.

    Tiada sesiapa yang tercedera, tetapi kejadian itu mempunyai potensi menyebabkan kemalangan. Injap keselamatan tekanan (PSV) mengalami kerosakan kecil.

    Kompleks pelantar minyak luar pesisir
  • Kenapakah ia berlaku?

    Daripada menyalakan pembakar dengan menghidupkan telaga, pasukan pengeluaran memutuskan untuk menggunakan cara alternatif dengan menyalakan pembakar dengan menggunakan gas daripada pakej gas bahan api (FG) yang berfungsi pada 24 barg. Mereka mengandaikan yang titik suntikan FG terletak di aliran bawah V1.

    Menggunakan HP, FG dan membiarkan injap V1 tertutup mengakibatkan tekanan pada bahagian rangkaian HP pembakaran melebihi tekanan semasa ia direka betuk.

    Sebuah belos yang rosak di PSV pada pemisah M710 dan hujung terbuka pada bonet PSV yang sama menyebabkan pembebasan gas ke atmosfera semasa rangkaian pembakaran disamakan tekanannya.

    Pasukan itu tidak mengendalikanya dengan prosedur kerja selamat yang betul:

    • Tiada prosedur pemula
    • Tiada proses pengurusan perubahan yang dikenakan pada perubahan yang biasa digunakan dalam urutan pemula.
    • Pengasingan ditutup tanpa mengikut prosedur yang betul.
    • PSF tidak dipasang dengan peranti pengesan kebocoran.
    • Pasukan itu berasa terdesak untuk menghidupkan semula loji dengan segera untuk meminimumkan jurang pengeluaran.
    Gambar rajah menunjukkan injap pengasingan untuk kerja 1 tidak dibuka semula sebagai sebahagian proses penyahtinjaan.
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Lakukan rondaan saluran pada rangkaian pembakaran untuk mengenal pasti semua injap pembakaran dan mengkaji semula pengurusan injap pembakaran.

    Melakukan tinjauan lokasi dan menetapkan pelan tindakan untuk Psv hujung terbuka.

    Memastikan perancangan sumber yang betul dilakukan untuk semua tugas.

    Semua pekerja perlu membiasakan diri dengan prosedur, arahan di lapangan dan prosedur ‘henti kerja’.

    Menguatkan perpaipan dan pengurusan menanda gambar rajah peralatan (P&ID) untuk pengasingan proses (andaian, persediaan, agihan, guna, kaji semula dan lain-lain).

    Mengkaji semula prosedur pengasingan proses yang berkaitan.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Perubahan kaedah untuk satu tugas (menyalakan pembakar) mempunyai kesan yang besar pada kejadian keseluruhan – bagaimana perkara itu boleh berlaku dalam apa-apa yang anda lakukan hari ini?

    Apabila memberikan gas bahan api untuk mencucuh pembakar, bagaimana anda boleh memeriksa lokasi yang betul titik suntikan?

    Apabila beberapa kerja berjalan serentak, bagaimana anda boleh memastikan apa yang anda lakukan tidak menjejaskan kerja pasukan lain dan sebaliknya?

    Pernahkah anda berasa tertekan masa untuk menyiapkan kerja anda? Bagaimana ini menjejaskan keputusan kerja anda?

    Apakah yang anda harus lakukan sekiranya anda mendapati seseorang ‘mengambil jalan singkat’ untuk sesuatu kerja?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 16/02/22 505 Paparan

Satu kebocoran gas berlaku di atas kompleks pelantar minyak semasa pembaikan injap hembus turun. Tiada pekerja yang tercedera. Injap keselamatan tekanan (PSV) mengalami kerosakan kecil.