-
Apakah yang berlaku?
Sebuah kenderaan dikendalikan jarak jauh (ROV) sedang digunakan untuk operasi pemaritan luar pesisir.
Pemandu itu secara tidak sengaja terlanggar kayu alat kawalan, yang mengendalikan fungsi condong alatan ROV.
Alat pemaritan bawah laut diangkat pada 4 darjah. Ini menaikkan kedalaman alat daripada 1.17 meter ke 1.06 meter, menyebabkan kedalaman depresor dikurangkan.
Perkara ini tidak disedari selama 7 minit sementara penyerahan shif sedang berlaku dan bersamaan dengan 27 meter gerakan.
Walaupun perkara ini tidak menimbulkan risiko kepada sesiapa, pengajaran boleh diambil untuk aktiviti lain.
-
Kenapakah ia berlaku?
Tiada kawalan untuk mengelakkan kayu alat kawalan diaktifkan (kunci kayu alat kawalan, suis dead-man).
Julat toleran penggera alatan terlalu besar (-0.2° ke +0.5°).
Operasi pemaritan tidak dihentikan semasa penyerahan shif.
Tiada siapa yang menyedari perubahan yang berlaku kepada sudut ekskavator peparit – mereka terganggu kerana mereka sedang but semula komputer kawalan yang rosak pada masa yang sama disebabkan penyerahan shif.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Pastikan operasi pemaritan dihentikan semasa penyerahan shif – tetapkan panel pengoperasian untuk mod penyelenggaraan supaya kayu alat kawalan dinyahaktifkan.
Pertimbangkan kaedah penyerahan semasa operasi sedang berjalan dan akibat terkurangnya fokus pada aktiviti yang sedang berlangsung.
Semak kawalan peralatan yang boleh dikendalikan secara tidak sengaja untuk mengelakkan kejadian yang serupa.
Pastikan pekerja mempunyai semua prosedur, manual dan latihan yang diperlukan untuk melakukan kerja mereka dengan selamat.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Adakah terdapat apa-apa kawalan pada peralatan anda yang boleh dilanggar secara tidak sengaja tanpa anda menyedarinya? Apakah kesan perkara ini?
Bagaimana kita boleh mereka semula atau mengubahsuai kawalan untuk mengelakkan pengaktifan tanpa sengaja? Apakah proses yang kita perlu patuhi untuk melakukan perkara ini?
Adakah anda menghentikan operasi semasa penyerahan shif?
- Jika tidak, perlukah anda?
- Sekiranya perkara ini sukar dilakukan, bagaimana anda mengurangkan kesannya?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Sebuah kenderaan dikendalikan jarak jauh (ROV) sedang digunakan untuk operasi pemaritan luar pesisir. Pemandu itu secara tidak sengaja terlanggar kayu alat kawalan, yang mengendalikan fungsi condong alatan ROV, menaikkan kedalaman alat daripada 1.17m ke 1.06m.