Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Pengendali dihimpit semasa menarik joran kren yang dipasang di trak

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Seorang pengendali kren menyelesaikan operasi mengangkat (pemunggahan) daripada kren yang dipasang di trak.

Dia kemudiannya menggunakan panel kawalan berintegrasi bahagian penumpang untuk menarik dan menyimpan joran kepada kedudukan rehat (mod pengangkutan).

Semasa seksyen ketiga joran sedang ditarik, pengendali dihimpit di antara komponen trak dan juga joran.

Imej kren yang dipasang di trak dengan panel kawalan pada sisi penumpang  berada secara terus di zon bahaya.
What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

Kren boleh dipandu daripada kedua-dua panel kawalan sisi pemandu dan penumpang.

Reka bentuk peralatan membolehkan pengendali berada dalam zon bahaya jika menggunakan kawalan sisi penumpang. Semasa digunakan, joran berada di belakang pengendali dan tidak mudah dilihat.

Manual pengendalian pengeluar peralatan asal (OEM) melarang menyimpan joran kren kepada kedudukan rehat daripada sisi penumpang.

Tanda amaran tidak diletakkan pada panel kawalan sisi penumpang.

Melipat joran kepada kedudukan rehat dilihat sebagai ‘tugas rutin’ dan dilakukan beberapa kali setiap hari.

Penyeliaan tugas itu terhad kepada operasi mengangkat (pemunggahan) tetapi bukan semasa kren naik/turun (seperti merehatkan joran kepada kedudukan rehat).

What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Sebelum operasi mengangkat, periksa dan pastikan yang:

  • Kren yang dipasang di trak direka untuk mencegah pekerja daripada terperangkap oleh joran. Gantikan dengan sistem kawalan jarak jauh.
  • Analisis risiko kerja/mengenalpasti bahaya meliputi skop semua aktiviti (termasuk mobilisasi dan demobilisasi kren).
  • Prosedur menyimpan kren yang dipasang di trak dilaksanakan selari dengan manual pengendalian OEM.
  • Prosedur operasi mengangkat jelas dan tersedia di lokasi.
  • Kedudukan pengendali kren pada semua tahap pengangkatan dikenal pasti secara jelas, dibincangkan dan difahami semasa mesyuarat prakerja.
Imej joran kren yang dipasang di trak dalam kedudukan rehat yang betul
What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

Mengapakah anda fikirkan pengendali kren melakukan apa yang dia telah lakukan?

Adakah kita menggunakan peralatan yang direka dengan serupa? Bilakah peralatan mengangkat kita mempunyai risiko kepada pengendali?

Apakah bahaya lain yang ada pada tugasan hari ini?

Apakah kawalan yang kita ada untuk mencegah perkara ini berlaku di sini? Bagaimanakah kita boleh menambah baik?

Apakah yang harus kita pelajari dari kejadian ini?

  • Apakah yang berlaku?

    Seorang pengendali kren menyelesaikan operasi mengangkat (pemunggahan) daripada kren yang dipasang di trak.

    Dia kemudiannya menggunakan panel kawalan berintegrasi bahagian penumpang untuk menarik dan menyimpan joran kepada kedudukan rehat (mod pengangkutan).

    Semasa seksyen ketiga joran sedang ditarik, pengendali dihimpit di antara komponen trak dan juga joran.

    Imej kren yang dipasang di trak dengan panel kawalan pada sisi penumpang  berada secara terus di zon bahaya.
  • Kenapakah ia berlaku?

    Kren boleh dipandu daripada kedua-dua panel kawalan sisi pemandu dan penumpang.

    Reka bentuk peralatan membolehkan pengendali berada dalam zon bahaya jika menggunakan kawalan sisi penumpang. Semasa digunakan, joran berada di belakang pengendali dan tidak mudah dilihat.

    Manual pengendalian pengeluar peralatan asal (OEM) melarang menyimpan joran kren kepada kedudukan rehat daripada sisi penumpang.

    Tanda amaran tidak diletakkan pada panel kawalan sisi penumpang.

    Melipat joran kepada kedudukan rehat dilihat sebagai ‘tugas rutin’ dan dilakukan beberapa kali setiap hari.

    Penyeliaan tugas itu terhad kepada operasi mengangkat (pemunggahan) tetapi bukan semasa kren naik/turun (seperti merehatkan joran kepada kedudukan rehat).

    Why did it happen - icon
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Sebelum operasi mengangkat, periksa dan pastikan yang:

    • Kren yang dipasang di trak direka untuk mencegah pekerja daripada terperangkap oleh joran. Gantikan dengan sistem kawalan jarak jauh.
    • Analisis risiko kerja/mengenalpasti bahaya meliputi skop semua aktiviti (termasuk mobilisasi dan demobilisasi kren).
    • Prosedur menyimpan kren yang dipasang di trak dilaksanakan selari dengan manual pengendalian OEM.
    • Prosedur operasi mengangkat jelas dan tersedia di lokasi.
    • Kedudukan pengendali kren pada semua tahap pengangkatan dikenal pasti secara jelas, dibincangkan dan difahami semasa mesyuarat prakerja.
    Imej joran kren yang dipasang di trak dalam kedudukan rehat yang betul
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Mengapakah anda fikirkan pengendali kren melakukan apa yang dia telah lakukan?

    Adakah kita menggunakan peralatan yang direka dengan serupa? Bilakah peralatan mengangkat kita mempunyai risiko kepada pengendali?

    Apakah bahaya lain yang ada pada tugasan hari ini?

    Apakah kawalan yang kita ada untuk mencegah perkara ini berlaku di sini? Bagaimanakah kita boleh menambah baik?

    Apakah yang harus kita pelajari dari kejadian ini?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 18/01/22 552 Paparan

Seorang pengendali kren menggunakan panel kawalan berintegrasi bahagian penumpang untuk menarik dan menyimpan joran kepada kedudukan rehat (mod pengangkutan). Dia telah dihimpit di antara panel kawalan dan juga joran.