Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Hampir-hampir terkena: Bahaya kebakaran daripada sambungan paip bahan api yang gagal

  • Apakah yang berlaku?

    Sebuah kapal dalam peralihan apabila asap dilihat berdekatan dengan enjin utama belakang..

    Sistem pengesan asap diaktifkan, menunjukkan asap berada di dalam bilik enjin dan penggera umum dibunyikan.

    Semua pekerja dikumpulkan,dan pihak bomba bersedia.

    Enjin belakang dihentikan secara terkawal dan bekalan bahan apinya diasingkan.

    Jurutera mendapati sambungan paip bahan api telah gagal.

    Dia melaporkan kepada anjungan yang terdapat sedikit asap di dalam bilik enjin, tetapi tiada kebakaran.

    Pembaikan dilakukan, enjin dihidupkan dan diuji, dan peralihan diteruskan.

    Pandangan atas paip yang gagal di tempatnya
  • Kenapakah ia berlaku?

    Gandingan paip bahan api bertekanan tinggi di antara penyuntik bahan api dan paip penghantaran telah gagal, menyebabkan bahan api masuk ke komponen enjin panas dan menghasilkan asap.

    • Tiada tanda kerosakan kelihatan semasa pemeriksaan paip itu.

    Kebocoran berpunca daripada gandingan bahan api yang mengandungi kedap cincin O di dalamnya.

    • Semasa pemeriksaan cincin O ia tidak rapuh atau rosak.

    Jurutera seharusnya menghubungi anjungan dengan segera dan mula mematikan enjin belakang, tetapi dia telah menghubungi jurutera kedua untuk menyiasat.

    Kru kapal sedar akan kecenderungan kegagalan perpaipan bekalan bahan api – ini ialah kali ketiga dalam masa empat bulan.

    Apakah yang berjalan lancar:

    Kru bertindak dengan baik untuk mengawal kejadian dengan cepat – mengenal pasti punca, mematikan enjin, berkumpul dengan betul dan kembali ke kapal untuk operasi.

    Penggunaan alat ganti pengeluar peralatan asal (dan bukan yang disyaki /alat ganti yang dibaiki) membolehkan kru untuk melaksanakan pembaikan dengan cepat dan berkesan.

    Lokasi kegagalan pada gandingan paip bahan api
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Menyelidik sistem yang serupa untuk memastikan tiada kegagalan pendam atau kerosakan yang boleh menyebabkan kejadian serupa.

    Memastikan pam bahan api enjin utama di baik pulih dengan melakukan pengujian tekanan paip bahan api dan pembaharuan kedap.

    ‘Tahu tentang kapal anda’ – Pekerja perlu mempunyai kesedaran dan pengetahuan mengenai peralatan yang boleh mengenal pasti komponen yang gagal dengan lancar dan betul.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimana anda dan rakan sekerja anda bertindak balas dengan kejadian seperti ini?

    Apakah yang anda harus lakukan sekiranya anda ternampak kecenderungan kegagalan peralatan?

    Berapa kerap pemeriksaan enjin dilakukan di kapal anda? Apakah yang dimasukkan di dalam pemeriksaan itu?

    Apakah prosedur pemindahan/berkumpul sekiranya berlaku kecemasan?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 10/03/22 575 Paparan

Sebuah kapal dalam peralihan apabila asap dilihat berdekatan dengan enjin utama belakang.. Sambungan paip bahan api telah gagal dan menyebabkan bahan api memasuki komponen enjin yang mengakibatkan asap.