-
Apakah yang berlaku?
Dua buah kapal terlibat dalam operasi mengangkat kapal ke kapal luar pesisir.
Sebuah kren berat sedang digunakan untuk mengangkat kili produk daripada satu kapal dan meletakkannya di atas kapal lagi satu.
Untuk mendaratkan kili itu, ballasting diselaraskan, menukar kedudukan joran kren.
Pemasang hanya menyambungkan tiga pengangkut tuas 6.3 Te kepada beban untuk membantu kedudukan akhir, semasa beban bergerak tanpa dijangka.
Ia berayun 1.5m (5kaki) ke arash mereka, menjadikan pengangkut itu hilang ketegangan dan terputus.
Kili itu kemudianya bergerak kembali ke arah sisi pelabuhan, menjadikan dua daripada pengangkut tuas tersangkut dan menjadi tegang.
Pemasang memutuskan satu pengangkut, tetapi ketegangan pada pengangkut tuas yang kedua menjadi lebih besar, menyebabkan cangkuk terlepas dan terkena tangan pemasang.
Kejadian ini mungkin boleh menyebabkan kecederaan parah atau kematian.
-
Kenapakah ia berlaku?
Pusat graviti beban menjadi tidak seimbang dan tidak dibetulkan.
Prosedur dan perancangan mengangkattidak dipatuhi.
Penggunaan pengangkut tuas tidak dikenal pasti sebagai perubahan, oleh sebab itu proses pengurusan perubahan (MoC) tidak dicetuskan.
Pengangkut tuas tidak digunakan dengan mematuhi panduan pengeluar.
Komunikasi tidak berkesan di antara banksman di atas kapal kren dan penyelia pemasang dan pemasang di atas kapal yang lagi satu:
- Mereka menggunakan saluran radio yang berbeza.
- Operasi ballasting tidak dimaklumkan kepada pemasang.
Ceramah toolbox (TBT) tidak mencukupi dan penilaian risiko untuk bahaya 'zon bahaya’.
Pekerja mungkin meletakkan diri mereka pada risiko berlebihan dengan bertindak balas tanpa memahami bahaya.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Pusat graviti beban seharusnya disahkan dan pengangkut dipasang diselaraskan sewajarnya sebelum mula mengangkat.
Pekerja perlu mengosongkan laluan beban tergantung sehingga ianya mendarat dengan selamat.
Sebarang perubahan kepada prosedur atau perancangan mengangkat tertakluk kepada proses MoC.
Saluran komunikasi yang jelas di antara pekerj ayang terlibat dalam mengangkat sangat penting dan perlu dibuat sebelum kerja bermula.
Pengangkut tuas mungkin tidak sesuai dalam operasi kapal ke kapal – sekiranya mereka digunakan, ia sepatutnya sejajar dengan panduan pengeluar.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Apakah yang dapat mereka lakukan secara berbeza?
Apakah pemeriksaan yang anda lakukan sebelum memulakan operasi mengangkat?
Bagaimana anda mengesahkan pusat graviti dan menyelaraskan pemasangan sewajarnya sebelum memulakan kerja?
Siapakah yang boleh mencetuskan proses pengurusan perubahan dan apakah langkah-langkah yang terlibat?
Bagaimana anda memastikan semua prosedur dan perancangan telah dipatuhi?
Apakah bahaya yang harus anda perhatikan semasa operasi mengangkat?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Sebuah kren berat sedang digunakan untuk mengangkat kili produk. Pengangkut tuas itu tersangkut dan satu daripadanya terlepas semasa menegang, melanggar tangan pekerja. Kejadian ini mungkin boleh menyebabkan kecederaan parah atau kematian.