Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Saluran diesel bersebelahan dipotong secara tidak sengaja semasa memotong saluran nitrogen

  • Apakah yang berlaku?

    Pekerja sedang memotong saluran nitrogen 5cm/2-inci.

    Mereka mengenal pasti risiko pemotongan saluran bersebelahan dan meletakkan sekeping kayu sebagai langkah perlindungan.

    Pemasang itu berjaya membuat 4 potongan pada saluran nitrogen yang sama di lokasi berlainan.

    Semasa pemotongan terakhir, disebabkan akses terhad, pemasang tidak nampak sekeping kayu itu telah jatuh.

    Saluran diesel bersebelahan telah dipotong secara tidak sengaja (potongan 5% ukur lilit), menyebabkan 10 liter diesel bocor.

    Saluran diesel di seimbangkan tekanan dan membekalkan pam air kebakaran pada waktu itu (yang perlu ada).

    Foto pemotongan yang berjaya pada saluran nitrogen dan pemotongan tidak sengaja pada saluran diesel
  • Kenapakah ia berlaku?

    Penggunaan perlindungan yang tidak terjamin (sekeping kayu) untuk saluran bersebelahan diganding bersama dengan akses sesak.

    Analisis risiko kerja tidak mempertimbangkan kemungkinan kesan saluran bersebelahan.

    Penggunaan penilaian risiko generik. Risiko pemotongan saluran bersebelahan tidak dikenal pasti.

    Pengurusan perubahan tidak mencukupi: risiko telah dikenal pasti di lokasi sebelum kerja dimulakan, tetapi kerja tidak diberhentikan untuk penilaian semula.

    Two yellow nitrogen pipes being cut. A piece of wood is separating the pipes. The clamp is attached to the bottom pipe.
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Pemotongan sejuk sangat disyorkan sekiranya akses terhad dan tidak perlu untuk memotong semua ukur lilit paip.

    Sebelum memulakan kerja, periksa dan sahkan yang perlindungan fizikal terhadap kerosakan mencukupi dan boleh dipasang.

    Lakukan analisis risiko kerja di lokasi untuk menyemak dan menganalisa mod operasi/kenyataan kaedah, nilai persekitaran bekerja, dan nyatakan langkah-langkah pencegahan.

    Adakan ceramah tool box sebelum operasi untuk:

    • memastikan langkah-langkah pencegahan yang mentakrifkan analisis risiko kerja diguna pakai, cukup dan cekap.
    • menganalisa persekitaran bekerja: di atas, di bawah, berdekatan lokasi – adakah ada kerja lain yang sedang berjalan atau telah dirancang?

    Sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak boleh diguna pakai atau tidak tahan lama, hentikan operasi, gantung permit kerja dan maklumkan pengurusan.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Apakah yang boleh pengendali lakukan secara berbeza dalam kejadian ini?

    Apakah yang boleh berlaku dengan tugas hari ini? Apakah bahaya yang telah dipertimbangkan? Apakah yang kita mungkin tertinggal?

    Apakah perlindungan yang kita ada untuk melindungi peralatan bersebelahan?  Apa lagi yang boleh kita lakukan?

    Apakah yang harus kita pelajari dari kejadian ini?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 18/01/22 165 Paparan

Pekerja sedang memotong saluran nitrogen 5cm/2-inci. Mereka mengenal pasti risiko pemotongan saluran bersebelahan dan meletakkan sekeping kayu sebagai langkah perlindungan. Semasa pemotongan terakhir, saluran diesel bersebelahan telah dipotong secara tidak sengaja menyebabkan 10 liter diesel bocor.