-
Apakah yang berlaku?
Seorang pekerja sedang bersedia untuk memindahkan konkrit daripada trak pengadun kepada trak pam konkrit.
Dia sedang menyelaraskan gelongsor trak pengadun ke corong trak pam untuk pemindahan apabila trak mula bergerak ke belakang.
Pekerja itu terhimpit di antara trak pengadun dan trak pam.
Dia mendapat rawatan pertolongan kecemasan di lokasi dan dibebaskan pada hari yang sama.
-
Kenapakah ia berlaku?
Pekerja itu menyelaras gelongsor menggunakan pemegang sementara disebabkan sistem hidraulik tidak berfungsi pada trak pengadun - meletakkan dirinya di dalam zon bahaya.
Pemandu trak telah menunggu selama 8 jam sebelum diberikan arahan membuat penghantaran mengakibatkan dia hilang tumpuan.
- Dia tidak meletakkan brek tangan dan tidak menyedari brek kaki juga tidak diletakkan sepenuhnya.
Komunikasi salah antara pemandu trak dan orang yang tercedera (IP) membabitkan urutan meletakkan kedua-dua trak.
Bahaya pekerja diletakkan di antara dua kenderaan tidak dikenal pasti.
- Analisis keselamatan kerja (JSA) hanya meliputi aktiviti di loji pengelompokan, bukannya bekalan konkrit kepada setiap lokasi kerja.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Memastikan semua trak yang digunakan berfungsi sepenuhnya – pekerja tidak perlu menggunakan alatan sementara.
- Mempertimbangkan penandaan dan menkuarantinkan peralatan yang telah rosak dan tidak selamat - untuk memastikan ianya tidak digunakan.
Mempertimbangkan menggunakan penyendal beroda sebagai penghadang keras untuk mengelakkan pergerakan kenderaan secara tidak sengaja.
Mempertimbangkan menggunakan pengesan untuk aktiviti yang dibuat oleh ‘pekerja sendirian’.
Pekerja/pasukan mestilah berkomunikasi dengan jelas sesama mereka untuk mengelakkan salah faham (contohnya urutan langkah-langkah, kedudukan semasa aktiviti dan sebagainya).
Mengesahkan yang JSA telah meliputi semua aktiviti yang perlu dilakukan.
- Memasukkan bekalan konkrit kepada setiap subkontraktor di lokasi dalam prosedur dan JSA.
Melakukan penilaian risiko penuh untuk semua aktiviti –memasukkan bahaya dan faktor manusia.
Memastikan semua pekerja memahami risiko berkaitan dengan tugas mereka.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Adakah prosedur dan JSA sedia ada anda untuk operasi konkrit termasuk bekalan konkrit di lokasi?
Adakah anda mempunyai proses untuk menanda dan menkuarantinkan peralatan yang telah rosak/tidak selamat untuk memastikan mereka tidak digunakan? Jika tidak, perlukah anda?
Bagaimana anda meminimumkan risiko kelesuan mental yang berkaitan dengan melakukan tugas yang berulang?
Apakah yang boleh anda lakukan untuk menjadikan pasukan kerja anda sedar akan risiko berpotensi dari kurangnya komunikasi?
Apakah langkah-langkah yang kita ada untuk mencegah perkara ini daripada berlaku di sini? Bagaimanakah kita boleh menambah baik?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Seorang pekerja sedang bersedia untuk memindahkan konkrit daripada trak pengadun kepada trak pam konkrit. Dia sedang menyelaraskan gelongsor trak pengadun ke corong trak pam untuk pemindahan apabila trak mula bergerak ke belakang. Pekerja itu terhimpit di antara trak pengadun dan trak pam.