Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Juru kimpal dihimpit oleh tiang panduan 1.1 tan semasa operasi mengangkat dan pengimpalan

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Dua pengadang perlindungan penaik sedang dipindahkan ke baj kren.  Lokasi simpanan yang dirancang tidak sesuai, jadi lokasi yang baharu telah ditemui.

Untuk menyimpan pengadang secara menegak dengan selamat di lokasi baharu, 2 tiang panduan (4.8m/16 kaki panjang, 1.1 tan) perlu dipasang.

Tiang panduan yang pertama diangkat menggunakan cangkuk tali cemeti pada geladak kren berantai dan anduh web 5.5m/18 kaki.

Tiang ini mendarat di atas geladak. Satu kimpalan jelujur tunggal ke plat asas telah dibuat dengan sedikit kesulitan, kerana ombak laut menyebabkan blok kren berayun.

Mandur meminta pemandu kren untuk menurunkan blok ke geladak untuk memberhentikan ayunan.

Semasa blok sedang diturunkan, ia menyebabkan anduh (hampir sama panjang dengan tiang panduan) menjadi tegang, menarik tiang ke arahnya.

Tiang itu mendarat di atas juru kimpal, yang membelakangi kerja itu.  Dia terbunuh di situ juga.

Pekerja di atas tiang panduan sebelum berlaku kemalangan
What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

Kurang kesedaran keselamatan: kerja tidak dianggap bahaya oleh kru:

  • Tidak melihat kerja yang sedang berjalan.
  • Tiada zon pengecualian dibuat.
  • Penyelia tidak memastikan prosedur keselamatan dipatuhi.

Tugas pengimpalan dan mengangkat dianggap ‘rutin’. Dilakukan tanpa arahan/prosedur, analisis keselamatan kerja, ceramah tool box, atau permit kerja.

Pengurusan perubahan: mengubah lokasi dan kedah simpanan yang tidak dirancang dan didokumenkan dengan betul:

  • Sokongan untuk tiang panduan berdiri bebas di atas geladak tidak dirancang atau disediakan.
  • Kren berantai tidak mempunyai tali tunda dan tidak sedia untuk kerja itu.

Panjang anduh web: anduh yang lebih pendek tidak akan berayun banyak, yang lebih panjang tidak akan menarik tiang panduan ke arahnya.

Blok kren yang berayun menarik paip ke arahnya
What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Untuk paip yang dipasang di atas geladak:

  • Satu puntung kecil harus dikimpal terlebih dahulu. Paip itu kemudian boleh digelincirkan di atasnya.
  • Sebagai alternatif, penyokong bersudut pendek boleh dikimpal ke atas paip dahulu untuk memberikan kebolehan berdiri bebas.

Berhati-hati dengan risiko ombak laut – dan bagaimana nak menghadapinya.

Penilaian risiko yang mencukupi haruslah dijalankan dan langkah-langkah keselamatan sepatutnya ada sebelum kerja dimulakan.

Setiap orang seharusnya sedar akan semua risiko yang terlibat dalam tugas ‘rutin’. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berhentikan kerja sekiranya ia tidak selamat.

Kru sepatutnya dilatih cara untuk melakukan analisis keselamatan kerja dan ceramah tool box.

Prosedur untuk kawalan pengurusan perubahan perlu ada dan digunakan.

Peralatan haruslah sedia kepada tugasan. Pada kapal terapung, pastikan semua blok kren mempunyai tali tunda yang dipasang, atau prosedur tersedia untuk menghentikan ayunan (gunakan anduh pendek dan sambungan cangkuk kecil dengan tali tunda jika boleh).

Paip berada di atas lantai dan dikepung dengan pita. Dua orang pekerja berdiri berdekatan paip.
What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

Apakah yang pekerja boleh lakukan secara berbeza?

Apakah tugas yang kita anggap sebagai ‘rutin’? Apakah risiko yang terlibat dalam tugasan ini?

Apakah perancangan operasi mengangkat/pengimpalan hari ini?

Apakah kawalan yang dapat kita buat untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku di sini?

Bilakah anda dibenarkan untuk menghentikan kerja?

  • Apakah yang berlaku?

    Dua pengadang perlindungan penaik sedang dipindahkan ke baj kren.  Lokasi simpanan yang dirancang tidak sesuai, jadi lokasi yang baharu telah ditemui.

    Untuk menyimpan pengadang secara menegak dengan selamat di lokasi baharu, 2 tiang panduan (4.8m/16 kaki panjang, 1.1 tan) perlu dipasang.

    Tiang panduan yang pertama diangkat menggunakan cangkuk tali cemeti pada geladak kren berantai dan anduh web 5.5m/18 kaki.

    Tiang ini mendarat di atas geladak. Satu kimpalan jelujur tunggal ke plat asas telah dibuat dengan sedikit kesulitan, kerana ombak laut menyebabkan blok kren berayun.

    Mandur meminta pemandu kren untuk menurunkan blok ke geladak untuk memberhentikan ayunan.

    Semasa blok sedang diturunkan, ia menyebabkan anduh (hampir sama panjang dengan tiang panduan) menjadi tegang, menarik tiang ke arahnya.

    Tiang itu mendarat di atas juru kimpal, yang membelakangi kerja itu.  Dia terbunuh di situ juga.

    Pekerja di atas tiang panduan sebelum berlaku kemalangan
  • Kenapakah ia berlaku?

    Kurang kesedaran keselamatan: kerja tidak dianggap bahaya oleh kru:

    • Tidak melihat kerja yang sedang berjalan.
    • Tiada zon pengecualian dibuat.
    • Penyelia tidak memastikan prosedur keselamatan dipatuhi.

    Tugas pengimpalan dan mengangkat dianggap ‘rutin’. Dilakukan tanpa arahan/prosedur, analisis keselamatan kerja, ceramah tool box, atau permit kerja.

    Pengurusan perubahan: mengubah lokasi dan kedah simpanan yang tidak dirancang dan didokumenkan dengan betul:

    • Sokongan untuk tiang panduan berdiri bebas di atas geladak tidak dirancang atau disediakan.
    • Kren berantai tidak mempunyai tali tunda dan tidak sedia untuk kerja itu.

    Panjang anduh web: anduh yang lebih pendek tidak akan berayun banyak, yang lebih panjang tidak akan menarik tiang panduan ke arahnya.

    Blok kren yang berayun menarik paip ke arahnya
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Untuk paip yang dipasang di atas geladak:

    • Satu puntung kecil harus dikimpal terlebih dahulu. Paip itu kemudian boleh digelincirkan di atasnya.
    • Sebagai alternatif, penyokong bersudut pendek boleh dikimpal ke atas paip dahulu untuk memberikan kebolehan berdiri bebas.

    Berhati-hati dengan risiko ombak laut – dan bagaimana nak menghadapinya.

    Penilaian risiko yang mencukupi haruslah dijalankan dan langkah-langkah keselamatan sepatutnya ada sebelum kerja dimulakan.

    Setiap orang seharusnya sedar akan semua risiko yang terlibat dalam tugas ‘rutin’. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berhentikan kerja sekiranya ia tidak selamat.

    Kru sepatutnya dilatih cara untuk melakukan analisis keselamatan kerja dan ceramah tool box.

    Prosedur untuk kawalan pengurusan perubahan perlu ada dan digunakan.

    Peralatan haruslah sedia kepada tugasan. Pada kapal terapung, pastikan semua blok kren mempunyai tali tunda yang dipasang, atau prosedur tersedia untuk menghentikan ayunan (gunakan anduh pendek dan sambungan cangkuk kecil dengan tali tunda jika boleh).

    Paip berada di atas lantai dan dikepung dengan pita. Dua orang pekerja berdiri berdekatan paip.
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Apakah yang pekerja boleh lakukan secara berbeza?

    Apakah tugas yang kita anggap sebagai ‘rutin’? Apakah risiko yang terlibat dalam tugasan ini?

    Apakah perancangan operasi mengangkat/pengimpalan hari ini?

    Apakah kawalan yang dapat kita buat untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku di sini?

    Bilakah anda dibenarkan untuk menghentikan kerja?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 18/01/22 520 Paparan

Seorang juru kimpal mati apabila tiang 1.1 tan terjatuh. Tugasan pengimpalan dan mengangkat dianggap ‘rutin’ dan dilakukan tanpa arahan/prosedur, analisis keselamatan kerja, ceramah tool box, atau permit kerja.