-
Apakah yang berlaku?
Sebuah pengorek sedang memuatkan paip saluran tidak bersalut 30cm x 12m (12 inci x 40 kaki) pada treler pengangkut.
Semasa pengorek bergerak ke arah treler, unit pengangkat vakum yang memegang paip hilang sedutan.
Paip 1.8Te telah terjatuh 2m (6.5kaki) ke atas tanah.
Tiada penggera dibunyikan, dan pengendali pengorek tidak mendapat amaran mengenai kehilangan sedutan itu.
Tiada kecederaan berlaku kerana semua pekerja berada jauh dari zon bahaya.
-
Kenapakah ia berlaku?
Kedap vakum pada 'kasut’ telah haus selepas mengalihkan lebih 5000 panjang saluran paip.
Separuh daripada kedap vakum baru sahaja digantikan sehari sebelum itu - kedap tidak berfungsi dan tidak konsisten dengan paip.
Sebuah tab panduan yang membantu pengendali menyelaraskan kasut vakum di sepanjang puncak dan pusat saluran paip telah hilang daripada kepala unit.
- Ini menyebabkan unit menutup beberapa darjah ke luar selari dengan pusat paip dan menyumbang kepada kehilanagn tekanan sedutan.
Penggera juga diuji dan berfungsi semasa pemeriksaan pra mula tetapi tidak berbunyi semasa kejadian.
Tiada pengujian rutin dijalankan pada unit vakum untuk memastikan ia dapat menahan tekanan.
Jadual penyelenggaraan penuh tidak disediakan oleh pembekal peralatan.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Semua pekerja mestilah berada jauh daripada beban dan sentiasa mempertimbangkan yang beban boleh bergerak dan/atau jatuh.
Pekerja yang mengendalikan unit vakum perlu memahami sepenuhnya penyelenggaraan yang diperlukan, termasuk penggantian bahan pakai habis seperti kedap getah kasut.
Apabila menggunakan peranti pengangkat yang menggunakan tekanan sedutan untuk menahan beban, ujian harian perlu dilengkapkan untuk mengesahkan keutuhan:
- contohnya ujian 'sepuluh untuk sepuluh’ di mana beban dipegang selama 10 minit untuk mengesahkan tiada kehilangan lebih daripada 10% tekanan.
Penyelenggaraan kerap perlu mengesahkan penggera berfungsi pada tahap yang betul untuk skop kerja itu.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Mengapa mereka menggantikan separuh kedap sahaja?
- Adakah ini amalan biasa? Jika tidak, apakah prosedur yang betul untuk menggantikan kedap pada unit pengangkat vakum?
Berapa kerap bahan pakai habis (seperti kedap getah) diuji pada peralatan anda? Adakah kita perlu menguji dengan lebih kerap (harian, mingguan, lain-lain)?
- Apakah lagi ujian yang kita perlu lakukan?
Apakah sebab yang mungkin untuk penggera berfungsi semasa ujian pra mula tetapi tidak berbunyi semasa mengangkat?
Bagaimana zon jatuh di buat di lokasi kita?
- Adakah ia ditanda secara jelas semasa operasi mengangkat? Jika tidak, bagaimanakah kita boleh menambah baik?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Sebuah pengorek sedang digunakan untuk memuatkan perpaipan pada treler pengangkut. Semasa pengorek bergerak ke arah treler, unit pengangkat vakum yang sedang digunakan untuk memegang paip hilang sedutan.