Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Kru terjatuh di antara kapal penunda dan tongkang semasa bersedia untuk berpisah

  • Apakah yang berlaku?

    Persediaan sedang dibuat untuk memisahkan kapal penunda yang ditambat ke tongkang disebabkan cuaca buruk.

    Seorang kru melangkah masuk ke tongkang untuk memeriksa peralatan. Dia meminta lampu suluh melalui radio.

    Pekerja berpengalaman (AB) membawa lampu suluh ke geladak, di mana kru yang kedua sedang menjadi pemantau keselamatan untuk kru yang pertama.

    AB memberikan radionya kepada kru yang kedua, kerana dia tidak ada.

    Semasa kru yang kedua sibuk dengan radionya, AB terjatuh ke dalam air.

    Kru yang kedua menjerit “man overboard” (MOB) apabila dia menyedari apa yang telah berlaku.

    Dia cuba menyelamatkan AB, tetapi dia juga terjatuh ke dalam air.

    Penggera MOB dibunyikan.

    Kru yang kedua telah dibantu untuk keluar daripada air dan dirawat untuk hipotermia.

    AB telah pengsan. Dia ditarik ke arah pintu zon menyelamat dengan cangkuk bot dan diangkat secara manual keluar dari air.

    AB menerima rawatan perubatan tetapi meninggal dunia.

    Kapal penunda ditambat ke tongkang, dan tongkang ditambat ke jeti
  • Kenapakah ia berlaku?

    Kedua-dua mereka memakai jaket keselamatan, yang ternaik ke kepala mereka sewaktu di dalam air.

    • Jaket keselamatan dengan pengikat kelangkang tidak diwajibkan.

    Kru tidak pelu memakai sut haba – risiko hipotermia tidak dinyatakan dalam penilaian risiko.

    Peralatan menyelamat juga tidak sesuai untuk menyelamat MOB dengan lancar di antara kapal yang pegun.

    Latihan MOB dan proses tidak menyatakan risiko jatuh di antara dua kapal.

    Prosedur membenarkan pemindahan kapal dalam keadaan cuaca buruk pada budi bicara kapten, tanpa keperluan untuk penilaian risiko minit akhir (LMRA).

    Ceramah toolbox menumpukan pada aktiviti sahaja, dan bukan pada risiko yang terlibat.

    Lokasi di mana dua orang pekerja jatuh di antara kapal penunda dan tongkang
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Mempertimbangkan menggunakan jaket keselamatan dengan pengikat kelangkang.

    Memastikan tali anjal dan beg digunakan untuk memindahkan peralatan dari kapal ke kapal – dan semua peralatan yang perlu ditakrifkan sebelum bermula.

    Mengkaji semula prosedur MOB untuk memasukkan dua kapal pegun/di antara kapal dan tepi dermaga.

    Memasukkan risiko hipotermia dalam prosedur dan penilaian risiko.

    Memastikan ceramah toolbox memasukkan risiko situasi dan perubahan dalam keadaan pengoperasian.

    Memastikan apabila kerja tidak boleh dilakukan dengan selamat, pihak berkuasa henti kerja mestilah digunakan.

    Menilai risiko tambahan melakukan aktiviti rutin di bawah keadaan tidak normal.

    Mengkaji semula prosedur untuk pemindahan pekerja kapal ke kapal secara langsung.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Apakah jenis jaket keselamatan yang anda pakai di atas kapal anda?

    • Perlukah anda memakai jaket keselamatan yang berbeza/PPE yang lain?

    Adakah anda perlu memakai sut haba? Jika tidak, mengapa tidak?

    Adakah prosedur anda merangkumi semua risiko yang anda mungkin hadapi?

    Apakah fokus ceramah toolbox anda? Bagaimanakah ia boleh ditambah baik?

    Apakah langkah-langkah yang kita ada untuk mencegah perkara ini daripada berlaku di sini? Apakah lagi yang perlu kita laksanakan?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 09/03/22 205 Paparan

Sebuah kapal penunda sedang dipisahkan daripada sebuah tongkang apabila seorang kru kapal penunda terjatuh ke dalam air. Seorang anak kapal yang kedua juga jatuh ke dalam air semasa cuba menyelamatkan anak kapal yang pertama. Satu daripada kru itu dirawat untuk hipotermia dan pulih kembali. Seorang kru lagi meninggal dunia.