-
Apakah yang berlaku?
Semasa penyelenggaraan rutin terancang di atas kapal yang berlabuh, penulen minyak pelincir enjin utama sedang diuji.
Asap kelihatan keluar daripada bawah pelindung pra pemanas penulen.
Sistem pengesan asap kapal diaktifkan, menunjukkan asap dalam bilik pemisah.
Penggera umum dibunyikan dan prosedur kebakaran ‘dalam pelabuhan’ diaktifkan.
Pemanas itu diasingkan secara elektrik dan mekanik (pemotongan lengkap).
Anjungan dimaklumkan akan kehadiran asap, tetapi tiada kebakaran, dan situasi terkawal.
Terdapat kekeliruan di atas kapal – kru sedang bersedia untuk sesi percubaan kecemasan dan menyangka ia dibuat dengan lebih awal (tidak menyedari penggera yang betul).
Sistem siar raya (PA) telah rosak – menjadikan ianya sukar untuk master kapal memaklumkan apa yang sedang berlaku. Dia bergantung sepenuhnya dengan komunikasi radio mudah alih.
Walaupun begitu, pengurusan dan kru bertindak segera untuk meminimumkan kesan kejadian itu. Pemanas itu dipantau untuk memastikan yang ianya telah sejuk dan tidak menyebabkan bahaya lagi.
-
Kenapakah ia berlaku?
Suis gagal dalam mekanisma penutupan keselamatan - ia gagal dalam kedudukan ‘tetapan semula’, menyebabkan pemanas untuk menetapkan semula selepas terputus.
Minyak pelincir di dalam pra pemanas panas terlampau, yang menyebabkan cat pada pemanas untuk panas terlampau, menyebabkan asap.
Jurutera yang melakukan kerja mematikan pemanas dan mahu melaporkan kerosakan yang mungkin berlaku, tetapi sistem pengesan asap diaktifkan sebelum dia berpeluang melakukannya.
Pengurusan kapal telah memaklumkan pengurusan daratan akan kerosakan berulang sistem PA, tetapi pembaikan telah ditangguhkan dan kemudian dibatalkan.
Tiada dasar atau garis panduan yang ada untuk menguruskan kecemasan sebenar yang berlaku semasa sesi percubaan..
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Menyelidik sistem yang serupa untuk memastikan tiada kegagalan pendam atau kerosakan.
Memastikan pembaikan yang tertangguh disiapkan (contohnya sistem komunikasi dan tidak balas kecemasan / sebarang kerosakan lain).
Laksanakan dan hasilkan prosedur untuk kecemasan yang berlaku semasa percubaan dan latihan.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Apakah yang menganggu anda daripada melaporkan masalah dengan segera? Bagaimana anda boleh menyingkirkan gangguan itu?
Adakah terdapat peralatan / sistem yang di atas kapal anda yang memerlukan pembaikan?
- Berapa lama ia telah tidak berfungsi?
- Bagaimana anda boleh memeriksa sekiranya kerosakan itu telah dilaporkan? Siapakah yang bertanggungjawab melaporkannya?
Apakah langkah-langah yang kita ada sekiranya kecemasan sebenar berlaku semasa sesi percubaan / latihan? Apakah yang anda perlu lakukan jika ini berlaku?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Semasa penyelenggaraan rutin terancang di atas kapal yang berlabuh, penulen minyak pelincir enjin utama sedang diuji. Asap keluar daripada bawah pelindung pra pemanas penulen . Pemanas itu diasingkan dan disejukkan.