Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Tong minyak terjatuh semasa operasi mengangkat

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Kru telaga sedang mengangkat sebuah tong minyak yang mengandungi 208l (46gal) minyak ke lantai gerudi.

Mereka menggunakan pengapit tong menegak (VBC) yang disambungkan ke kren.

Tong telah diikatkan kepada VBC dan diperiksa oleh mandur geladak penggerudian (DDF).

Pengendali kren (CO) menggerakkan tong ke lokasinya.

Semasa ia sedang diletakkan ke atas titian derik gerudi, tong minyak itu terjatuh daripada VBC 15m (50kaki) ke lantai gerudi.

Tong itu melanggar sisi rasuk kelincir sub struktur rig gerudi.

Tiada kecederaan atau kesan persekitaran, tetapi tong minyak mempunyai potensi untuk menyebabkan maut (dengan melanggar seorang juru elektrik bekerja dalam kawasan itu).

Lokasi impak pada sisi rasuk kelincir sub struktur rig gerudi.
What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

VBC dipasang dengan salah kepada tong:

  • VBC dipasang di atas penutup pengisi di penutup tong. Ini bermakna kedua-dua pengapit tidak boleh dipasang di bawah rim tong seperti yang sepatutnya.
  • VBC juga berada dalam kedudukan tertutup sepenuhnya. VBC menjadi terlalu ketat dan mengubah bentuk tong.

Tong itu terlepas sendiri daripada pengapit disebabkan perubahan bentuk tong, kedudukan salah pengapit, berat tong dan pergerakan semasa mengangkat.

Prosedur keselamatan yang lemah dan amalan di lokasi:

  • Tiada penilaian risiko atau perancangan mengangkat yang betul dilakukan.
  • Pemeriksaan yang tidak memadai untuk memastikan pekerja berada di luar zon bahaya semasa mengangkat.
  • Kerja penjaga lalu lintas tidak dilakukan secukupnya. Pengendali kren bertanggungjawab setelah beban keluar daripada geladak (bertentangan dengan prosedur dan latihan industri).

Arahan pengeluar tidak mengenal pasti langkah pengawasan untuk memasang pengapit di atas tudung pengisi dan bagaimana ia boleh menjurus ke arah terlalu ketat.

Pengapit tong menegak (VBC) dipasang secara salah pada tong
What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Memastikan VBC dipasang dan digunakan mengikut cadangan pengeluar dan amalan terbaik yang ada.

Memastikan penilaian risiko dan perancangan mengangkat ada, dibincangkan dan difahami oleh semua pekerja yang terlibat.

Semua pekerja perlu mematuhi prosedur yang ada.

What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Apakah cara yang betul untuk memasang VBC?

  • Apakah prosedur yang kit ada untuk peralatan ini?

Apakah yang kita pertimbangkan apabila merancang operasi mengangkat (beban, penilaian risiko, langkah-langkah keselamatan dan lain-lain)?

Mengapa penjaga lalu lintas tidak menyerahkan tugasnya kepada pengendali kren?

Apakah yang anda lakukan sekiranya anda ternampak rakan sekerja anda bekerja di dalam keadaan tidak selamat?

Adakah ketidakpatuhan ini boleh dikenakan denda di lokasi kita? Sekiranya tidak, perlukah?

  • Apakah yang berlaku?

    Kru telaga sedang mengangkat sebuah tong minyak yang mengandungi 208l (46gal) minyak ke lantai gerudi.

    Mereka menggunakan pengapit tong menegak (VBC) yang disambungkan ke kren.

    Tong telah diikatkan kepada VBC dan diperiksa oleh mandur geladak penggerudian (DDF).

    Pengendali kren (CO) menggerakkan tong ke lokasinya.

    Semasa ia sedang diletakkan ke atas titian derik gerudi, tong minyak itu terjatuh daripada VBC 15m (50kaki) ke lantai gerudi.

    Tong itu melanggar sisi rasuk kelincir sub struktur rig gerudi.

    Tiada kecederaan atau kesan persekitaran, tetapi tong minyak mempunyai potensi untuk menyebabkan maut (dengan melanggar seorang juru elektrik bekerja dalam kawasan itu).

    Lokasi impak pada sisi rasuk kelincir sub struktur rig gerudi.
  • Kenapakah ia berlaku?

    VBC dipasang dengan salah kepada tong:

    • VBC dipasang di atas penutup pengisi di penutup tong. Ini bermakna kedua-dua pengapit tidak boleh dipasang di bawah rim tong seperti yang sepatutnya.
    • VBC juga berada dalam kedudukan tertutup sepenuhnya. VBC menjadi terlalu ketat dan mengubah bentuk tong.

    Tong itu terlepas sendiri daripada pengapit disebabkan perubahan bentuk tong, kedudukan salah pengapit, berat tong dan pergerakan semasa mengangkat.

    Prosedur keselamatan yang lemah dan amalan di lokasi:

    • Tiada penilaian risiko atau perancangan mengangkat yang betul dilakukan.
    • Pemeriksaan yang tidak memadai untuk memastikan pekerja berada di luar zon bahaya semasa mengangkat.
    • Kerja penjaga lalu lintas tidak dilakukan secukupnya. Pengendali kren bertanggungjawab setelah beban keluar daripada geladak (bertentangan dengan prosedur dan latihan industri).

    Arahan pengeluar tidak mengenal pasti langkah pengawasan untuk memasang pengapit di atas tudung pengisi dan bagaimana ia boleh menjurus ke arah terlalu ketat.

    Pengapit tong menegak (VBC) dipasang secara salah pada tong
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Memastikan VBC dipasang dan digunakan mengikut cadangan pengeluar dan amalan terbaik yang ada.

    Memastikan penilaian risiko dan perancangan mengangkat ada, dibincangkan dan difahami oleh semua pekerja yang terlibat.

    Semua pekerja perlu mematuhi prosedur yang ada.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Apakah cara yang betul untuk memasang VBC?

    • Apakah prosedur yang kit ada untuk peralatan ini?

    Apakah yang kita pertimbangkan apabila merancang operasi mengangkat (beban, penilaian risiko, langkah-langkah keselamatan dan lain-lain)?

    Mengapa penjaga lalu lintas tidak menyerahkan tugasnya kepada pengendali kren?

    Apakah yang anda lakukan sekiranya anda ternampak rakan sekerja anda bekerja di dalam keadaan tidak selamat?

    Adakah ketidakpatuhan ini boleh dikenakan denda di lokasi kita? Sekiranya tidak, perlukah?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 01/03/22 575 Paparan

Seorang kru sedang mengangkat tong minyak menggunakan pengapit tong menegak (VBC). Pengapit itu telah dipasang dengan salah, membolehkan tong itu jatuh 15m (50kaki). Tiada kecederaan berlaku kepada pekerja atau kesan persekitaran, tetapi tong minyak mempunyai potensi untuk menyebabkan maut (dengan melanggar seorang juru elektrik yang sedang bekerja dalam kawasan itu).