Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Salutan serombong terjatuh berikutan cuaca buruk

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Semasa keadaan angin kuat (purata 34 knot, tiupan kencang 45 knot) satu seksyen salutan aluminium seberat 4 kg (8.8 paun), menjadi longgar daripada tapaknya dan jatuh 4 m (13 kaki) daripada serombong ekzos, mendarat berdekatan dengan tempat berjalan kaki yang kerap digunakan.

Beberapa skru swaulir dijumpai bertaburan di pangkal ekzos.

Objek itu mempunyai potensi menyebabkan kecederaan parah atau menyebabkan kematian kerana tingginya, berat dan hujungnya yang tajam.

Salutan serombong. Salutan hilang bentuk akibat terjatuh.
What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

Berikutan ramalan kaji cuaca, senarai semak ‘cuaca buruk’ telah dikeluarkan untuk mengenal pasti dan memastikan peralatan longgar yang berpotensi, yang termasuk serombong ekzos enjin.  Walau bagaimanapun, tiada bukti yang pemeriksaan ini telah dilakukan.

Pemeriksaan menjumpai seksyen yang terpisah dengan salutan diikat dengan skru swaulir, tetapi seksyen lain yang diikat dengan rivet kekal di kedudukan. Terdapat juga klim terbuka dan bahan tampal yang hilang pada serombong yang lain.

Senarai semak tidak memasukkan panduan khusus apa yang hendak diperiksa contohnya skru pemasangan terikat.

Tiada pemeriksaan khusus dan rutin penyelenggaraan untuk serombong ekzos.

Salutan jatuh pada jarak separuh daripada ketinggian serombong ekzos enjin
What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Kawalan kejuruteraan:

  • Memastikan reka bentuk dan mengikat salutan yang terdedah kepada angin kuat sesuai dan mencukupi.
  • Pertimbangkan penggunaan penahan sekunder di mana risiko objek jatuh diketahui, contohnya gegelung logam digunakan untuk mengikat salutan (lihat imej).

Kawalan pentadbiran:

  • Lakukan program pemeriksaan, termasuk senarai semak cuaca buruk, harus di lanjutkan ke derik, meliputi kawasan berisiko lain seperti cerobong ekzos dan kren.
  • Serombong ekzos harus di masukkan dalam penyelenggaraan berkala dan rutin pemeriksaan.
Salutan yang diikat kemas kepada serombong ekzos enjin.
What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

Bagaimana peralatan kita semua selamat dengan cuaca buruk?

Bagaimana kita tahu pemeriksaan cuaca buruk telah dilakukan?

Bagaimana berkesan pemeriksaan kita dan program penyelenggaraan untuk mencegah objek jatuh?

Apakah yang boleh kita ubah untuk menyingkirkan atau mengurangkan risiko objek jatuh?

  • Apakah yang berlaku?

    Semasa keadaan angin kuat (purata 34 knot, tiupan kencang 45 knot) satu seksyen salutan aluminium seberat 4 kg (8.8 paun), menjadi longgar daripada tapaknya dan jatuh 4 m (13 kaki) daripada serombong ekzos, mendarat berdekatan dengan tempat berjalan kaki yang kerap digunakan.

    Beberapa skru swaulir dijumpai bertaburan di pangkal ekzos.

    Objek itu mempunyai potensi menyebabkan kecederaan parah atau menyebabkan kematian kerana tingginya, berat dan hujungnya yang tajam.

    Salutan serombong. Salutan hilang bentuk akibat terjatuh.
  • Kenapakah ia berlaku?

    Berikutan ramalan kaji cuaca, senarai semak ‘cuaca buruk’ telah dikeluarkan untuk mengenal pasti dan memastikan peralatan longgar yang berpotensi, yang termasuk serombong ekzos enjin.  Walau bagaimanapun, tiada bukti yang pemeriksaan ini telah dilakukan.

    Pemeriksaan menjumpai seksyen yang terpisah dengan salutan diikat dengan skru swaulir, tetapi seksyen lain yang diikat dengan rivet kekal di kedudukan. Terdapat juga klim terbuka dan bahan tampal yang hilang pada serombong yang lain.

    Senarai semak tidak memasukkan panduan khusus apa yang hendak diperiksa contohnya skru pemasangan terikat.

    Tiada pemeriksaan khusus dan rutin penyelenggaraan untuk serombong ekzos.

    Salutan jatuh pada jarak separuh daripada ketinggian serombong ekzos enjin
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Kawalan kejuruteraan:

    • Memastikan reka bentuk dan mengikat salutan yang terdedah kepada angin kuat sesuai dan mencukupi.
    • Pertimbangkan penggunaan penahan sekunder di mana risiko objek jatuh diketahui, contohnya gegelung logam digunakan untuk mengikat salutan (lihat imej).

    Kawalan pentadbiran:

    • Lakukan program pemeriksaan, termasuk senarai semak cuaca buruk, harus di lanjutkan ke derik, meliputi kawasan berisiko lain seperti cerobong ekzos dan kren.
    • Serombong ekzos harus di masukkan dalam penyelenggaraan berkala dan rutin pemeriksaan.
    Salutan yang diikat kemas kepada serombong ekzos enjin.
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Bagaimana peralatan kita semua selamat dengan cuaca buruk?

    Bagaimana kita tahu pemeriksaan cuaca buruk telah dilakukan?

    Bagaimana berkesan pemeriksaan kita dan program penyelenggaraan untuk mencegah objek jatuh?

    Apakah yang boleh kita ubah untuk menyingkirkan atau mengurangkan risiko objek jatuh?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 04/02/22 514 Paparan

Disebabkan cuaca buruk, salutan serombong telah jatuh 4 meter.