Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Letupan tanpa kawalan semasa operasi pelupusan kelengkapan ketenteraan mudah meletup

  • Apakah yang berlaku?

    Semasa melakukan kerja pelupusan kelengkapan ketenteraan yang tidak meletup (UXO), sebuah kenderaan dikendalikan jarak jauh (ROV) telah digunakan untuk melancarkan cas letupan kepada sasaran di dasar laut dan meletupkan caj dari jarak jauh.

    Ini ialah cas ke 7 yang dilancarkan menggunakan ROV. Dalam dua minggu sebelum ini tiada isu yang dihadapi.

    Sebuah pembawa cas yang standard, mengandungi yang berikut, dipasang kepada lengan pengolah pada ROV:

    • Bingkai logam pembawa cas
    • Pemindah aruh blowfish (LAT) dengan kod unik
    • 5kg bahan letupan Semtex
    • 1 x peledak elektrik
    • 0.5m tali peledak
    • Pelindung hos getah untuk tali peledak
    • Pelindung frekuensi radio Swiss Shield
    • Pelbagai pembalut tali dan lekapan

    ROV telah diangkat keluar daripada kapal dan semasa sedang diturunkan ke dalam laut, letupan tanpa kawalan telah berlaku, menyebabkan kemusnahan teruk kepada ROV.

    Tiada kecederaan parah kepada pekerja. Walau bagaimanapun, 5 orang dipindahkan ke hospital tempatan setelah kapal berlabuh, dan dirawat kerana hilang pendengaran sementara dan terkejut.

    What happened - icon
  • Kenapakah ia berlaku?

    Sebelum berlaku letupan, ROV itu mengaktifkan penujah dan sistem sonar sebagai persediaan untuk dilancarkan ke dalam laut.

    Penyebab letupan mungkin disebabkan oleh:

    • Terhasilnya gangguan melalui peledak atau Swiss Shield
    • Swiss Shield memberikan risiko luar jangka (contohnya memperkenalkan susunan pembumian)
    • Interaksi elektrik/akustik di antara ROV dan cas (melalui keadaan normal dan bukan normal).
    Why did it happen - icon
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Penujah ROV dan sonar sepatutnya tidak dihidupkan sehingga ROV berada di bawah permukaan air.

    Pembawa cas juga seharusnya diperbuat daripada bahan bukan logam.

    Kesemua plumbum dan wayar mestilah lurus dan bukan berlingkar.

    Siasatan selanjutnya kepada pelindung yang digunakan untuk melindungi gangguan disyorkan.

    Jaminan yang lebih besar diperlukan apabila melibatkan kaedah dan kecekapan pelupusan letupan kelengkapan ketenteraan.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Apakah langkah berjaga-jaga yang kita ambil untuk mengurangkan risiko letupan tanpa kawalan?

    Sekiranya kejadian ini berlaku di sini, apakah langkah proaktif yang kita perlu ambil untuk meminimumkan kemusnahan?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 06/02/22 146 Paparan

Semasa melakukan kerja pelupusan kelengkapan ketenteraan yang tidak meletup (UXO), letupan tanpa kawalan berlaku, menyebabkan kemusnahan teruk kepada ROV.