Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Injap rosak menyebabkan penurunan beban tidak terkawal

  • Apakah yang berlaku?

    Sebuah kren sedang mengangkat beban 22,000 paun (10 tan). Beban bekerja selamat (SWL) untuk kren itu ialah 22,259 paun.

    Pengendali sedang mengayunkan beban dan joran ke bawah untuk meletakkan bakul ke atas rak paip.

    Orang isyarat yang khas mengarahkan pengendali kren untuk merendahkan joran dan menahan beban itu.

    Pengendali kren melihat joran dan beban bergerak atas dan bawah.

    Tali pengetat terlepas 4 kaki (1.2m), melanggar bakul di bawah dan merosakkan panel kawalan penegang penaik pengeluaran yang baru dan belum dipasang.

    Bakul sedang diangkat menyentuh bakul pada rak paip
  • Kenapakah ia berlaku?

    Brek statik pengangkut bantuan telah dilepaskan.

    Kili injap imbang balas masuk dan injap periksa terbuka.

    Penggera kren diabaikan. Penggera itu selalu berbunyi, yang menjadikan ianya normalisasi (mereka diabaikan, dianggap tidak penting).

    Faktor lain mungkin secara tidak langsung menyumbang kepada kemalangan:

    • Beban terlalu dekat dengan SWL.
    • Motor hidraulik dan pemasangan injap imbang balas sudah berkhidmat untuk 17 tahun (lebih lama daripada yang difikirkan).
      • Disebabkan oleh konfigurasi itu, ianya mustahil untuk mengujinya semasa ia terpasang.
    Why did it happen - icon
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Memastikan semua penggera disiasat dan pekerja sedar akan kepentingan mereka.

    Periksa usia dan jangka hayat peralatan kritikal.  Memastikan peralatan diuji secara kerap.

    Memeriksa berat sebenar semasa dengan berat sebenar beban (ia boleh berbeza).

    Bincangkan berat semasa sebelum operasi mengangkat.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimana anda tahu sekiranya penggera berbunyi kerap menunjukkan kegagalam bahagian kritikal?

    Apakah penggera yang perlu dimulakan untuk memberhentikan kerja?

    Perlukah penggera dan amaran dibincangkan pada setiap shif?

    Bagaimana anda boleh memeriksa usia dan jangka hayat bahagian kritikal peralatan anda?

    Bagaimanakah anda tahu sekiranya peralatan anda telah diuji atau tidak? Adakah anda sedar akan sebarang bahagian kritikal yang tidak boleh diuji?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 16/02/22 225 Paparan

Sebuah kren sedang mengalihkan beban berat ke atas rak paip. Apabila mengayunkan beban kepada tempatnya, joran telah bergerak ke atas dan ke bawah. Tali pengikat terlepas, menyebabkan bakul jatuh ke atas ke bakul di bawah.