Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Penyelam terperangkap pada rantai sauh

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Semasa operasi menyelam, penyelam sedang mencari manifold hujung saluran paip (PLEM) berdekatan dengan tambatan titik tunggal (SPM).

Semasa Penyelam 1 mencari pancarongga hujung saluran paip, dia pergi ke bawah rantai sauh tanpa menyedari, umbilikalnya terperangkap di antara rantai dan dasar laut.

Dia berusaha, tetapi gagal, untuk membebaskan umbilikal, sebelum kembali ke bawah rantai. Sewaktu rantai bergerak, ia memerangkap penyelam pada dada dan bahu kirinya.

Penyelam 2 dihantar untuk menyelamatkan Penyelam 1. Dia memotong umbilikal dan membantu Penyelam 1 kembali ke bakul dan kembali ke permukaan dengan selamat.  Penyahmampatan tidak perlu kerana kedalaman air yang cetek (10-16m) dan juga masa berada di bawah.

Penyelam 1 mengalami trauma toraks ringan.

Sebuah gambar rajah operasi menyelam menunjukkan pergerakan penyelam yang menyebabkan mereka terperangkap.
What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

Laut berombak menyebabkan pergerakan boya dan rantai yang ketara.

Kapal berada di tempat yang salah, dan pergerakan kapal tidak sepadan dengan operasi yang sedang berjalan: contohnya bakul penyelam bergerak semasa selaman dan penyelam berada di bawah.

Pengenalpastian bahaya sama ada tidak sesuai atau tidak mencukupi untuk projek itu.

Prosedur dan manual syarikat tidak dipatuhi.

Klien hanya menyediakan maklumat yang perlu semasa tahap akhir.

What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Memastikan semua maklumat perlu untuk operasi selamat tersedia mengikut masanya.

Lakukan pengenalpastian bahaya yang berkesan (HAZID) – contohnya mengambil kira keadaan persekitaran yang buruk.

Ulangi kuasa dan tanggungjawab sepenuhnya Penyelia Selaman dalam operasi menyelam.

What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

Apakah jenis bahaya yang kita perlu pertimbangkan sebelum memulakan operasi menyelam?

Apakah bahaya ayang ada dalam operasi menyelam hari ini?

Apakah kawalan yang kita boleh letakkan (atau sudah ada) untuk mencegahnya?

Apa lagi yang boleh kita lakukan untuk kekal selamat?

  • Apakah yang berlaku?

    Semasa operasi menyelam, penyelam sedang mencari manifold hujung saluran paip (PLEM) berdekatan dengan tambatan titik tunggal (SPM).

    Semasa Penyelam 1 mencari pancarongga hujung saluran paip, dia pergi ke bawah rantai sauh tanpa menyedari, umbilikalnya terperangkap di antara rantai dan dasar laut.

    Dia berusaha, tetapi gagal, untuk membebaskan umbilikal, sebelum kembali ke bawah rantai. Sewaktu rantai bergerak, ia memerangkap penyelam pada dada dan bahu kirinya.

    Penyelam 2 dihantar untuk menyelamatkan Penyelam 1. Dia memotong umbilikal dan membantu Penyelam 1 kembali ke bakul dan kembali ke permukaan dengan selamat.  Penyahmampatan tidak perlu kerana kedalaman air yang cetek (10-16m) dan juga masa berada di bawah.

    Penyelam 1 mengalami trauma toraks ringan.

    Sebuah gambar rajah operasi menyelam menunjukkan pergerakan penyelam yang menyebabkan mereka terperangkap.
  • Kenapakah ia berlaku?

    Laut berombak menyebabkan pergerakan boya dan rantai yang ketara.

    Kapal berada di tempat yang salah, dan pergerakan kapal tidak sepadan dengan operasi yang sedang berjalan: contohnya bakul penyelam bergerak semasa selaman dan penyelam berada di bawah.

    Pengenalpastian bahaya sama ada tidak sesuai atau tidak mencukupi untuk projek itu.

    Prosedur dan manual syarikat tidak dipatuhi.

    Klien hanya menyediakan maklumat yang perlu semasa tahap akhir.

    Why did it happen - icon
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Memastikan semua maklumat perlu untuk operasi selamat tersedia mengikut masanya.

    Lakukan pengenalpastian bahaya yang berkesan (HAZID) – contohnya mengambil kira keadaan persekitaran yang buruk.

    Ulangi kuasa dan tanggungjawab sepenuhnya Penyelia Selaman dalam operasi menyelam.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Apakah jenis bahaya yang kita perlu pertimbangkan sebelum memulakan operasi menyelam?

    Apakah bahaya ayang ada dalam operasi menyelam hari ini?

    Apakah kawalan yang kita boleh letakkan (atau sudah ada) untuk mencegahnya?

    Apa lagi yang boleh kita lakukan untuk kekal selamat?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 04/02/22 472 Paparan

Satu kejadian semasa operasi menyelam di mana seorang penyelam terperangkap di antara rantai sauh dan juga dasar laut. Selepas cuba untuk membebaskan diri dari umbilikal, penyelam itu terperangkap. Penyelam yang lain cuba memotong umbilikal dan menyelamatkannya. Kedua-dua penyelamat tidak tercedera.