Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Ruang terkurung tidak dikenal pasti dalam permit untuk mengecat dalam tangki air

  • Apakah yang berlaku?

    Pasukan kontraktor tiba lebih awal di lokasi pejabat untuk mengecat bahagian dalam tangki air.

    Tangki itu telah dibasuh dan disalirkan pada hari sebelumnya, sedia untuk dicat.

    Syarikat yang menjalankan operasi ini tiba dan membuka permit pendek untuk bekerja secara formal.

    Pengecat masuk ke dalam tangki dan mula mengecat.  Selepas 15 minit, dia keluar untuk berehat sebentar. Dia kembali ke dalam tangki untuk meneruskan mengecat, memegang topeng penapis katrijnya.

    Penyelia, berdiri di atas tangki, mendengar pengecat menjerit. Dia nampak pengecat telah jatuh dan pengsan.

    Disebabkan tiada peruntukkan yang dibuat untuk pemindahan kecemasan, 10 minit telah diambil untuk menarik mangsa keluar dari tangki menggunakan abah-abah badan.

    Pengecat kembali sedar dan dibenarkan pulang daripada klinik pada hari itu.

    Imej pertama ialah bahagian luar tangki air dengan pintunya hampir tertutup. Yang kedua ialah bahagian dalam tangki air yang kosong, topi keras berada di atas lantai.
  • Kenapakah ia berlaku?

    Ruang terkurung tidak dikenal pasti di dalam permit kerja. Penerangan kerja ialah ‘membersih dan mengecat takungan air’.

    Analisis keselamatan kerja tidak mengenal pasti semua bahaya dan pengawasan untuk kerja dalam ruang terkurung: wap organik toksik, pengumpulan wap organik mudah terbakar di dalam tangki, dan sebagainya.

    Peralatan perlindungan peribadi (PPE) tidak digunakan: Pekerja itu tidak memakai topeng katrij semasa kembali ke dalam tangki air.

    PPE yang salah: Topeng katrij hanya boleh digunakan semasa mengecat bahagian luar.  Ia tidak melindungi daripada kurangnya oksigen di dalam tangki.

    Pengudaraan yang tidak mencukupi: tiada pengudaraan paksa untuk membuang wap cat dan memasukkan udara segar. Pengalih udara tidak disediakan untuk kerja ini.

    Pasukan itu mengabaikan atau tidak menyedari peraturan HSE asas. Terdapat halangan bahasa di antara penyelia dan juga pengecat Penyelia di lokasi itu tiada pengetahuan kerja dalam ruang terkurung.

    Topeng katrij berwarna kelabu yang digunakan oleh pekerja
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Memastikan semua orang yang terlibat memahami kepentingan proses permit kerja.  Jangan anggap ia hanya kertas kerja sahaja!

    Memastikan Penerangan tugas di dalam permit lengkap dan tepat.

    Memastikan semua langkah-langkah dikenal pasti di dalam permit bekerja dibuat dengan betul sebelum memulakan kerja: penyeliaan yang mencukupi, PPE, bahan/peralatan yang betul, dan sebagainya.

    Sebarang perubahan atau ketidakpatuhan, tidak kira bagaimana mendesak atau kecil, mestilah melalui analisis risiko dahulu.

    Jalankan latihan belajar semula mengenai permit bekerja. Memastikan pekerja memahami tanggungjawab mereka.

    Adakan  ‘ceramah tool box’ sebelum semua tugasan untuk mengkaji semula peraturan syarikat, tindakan menyelamat nyawa dan pihak berkuasa henti kerja.

    Sediakan arahan lokasi yang ringkas untuk semua kerja yang di bawah permit pendek.  Formalkan apa yang diliputi oleh permit pendek, dan apa yang tidak boleh.

    Seorang pekerja sedang memegang abah-abah tali yang digunakan untuk menarik keluar pekerja daripada tangki.
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Apakah tujuan permit kerja?

    Bagaimana kita tahu semua bahaya ruang terkurung yang relevan telah dinilai dalam analisis risiko kerja?

    Apakah kawalan masuk ke ruang terkurung yang kita ada? Apakah lagi yang kita perlukan?

    Apakah PPE yang kita ada?  Bagaimanakah kita tahu yang ia jenis yang betul?

    Apakah perancangan jika berlaku kecemasan?

    Apakah yang harus kita pelajari dari kejadian ini?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 17/01/22 523 Paparan

Seorang pengecat pengsan semasa mengecat bahagian dalam sebuah tangki air. Permit tidak menyatakan kerja di ruang terkurung, dan PPE tidak betul dan tidak dipakai.