-
Apakah yang berlaku?
Sebuah silinder gas sedang diturunkan daripada turbin angin pesisir luar kepada kapal pemindah di bawah menggunakan pengangkut elektrik lengan davit.
Silinder itu terlepas daripada abah-abah mengangkat dan jatuh 17 meter / 55 kaki.
Ia terkena dan merosakkan geladak kapal dan juga hac masuk.
Injap pengatur gas telah rosak disebabkan impak dan gas sisa di dalam silinder dibebaskan ke atmosfera.
Anak kapal mengalami lebam ringan pada anak jarinya apabila cangkuk bot yang sedang dipegang di langgar oleh silinder yang melantun di atas geladak.
-
Kenapakah ia berlaku?
Kancing abah-abah yang digunakan (jenis sesondol tuas geseran) hanya memberikan perlindungan dalam satu arah, ia tidak terlalu ketara untuk seseorang yang tidak biasa dengan peralatan itu.
Apabila diketatkan dengan salah, kancing itu akan membolehkan ikatan web ditarik melaluinya dan terlepas (walaupun dengan beban ringan).
Peralatan dibekalkan dan diperkenalkan tanpa sebarang arahan atau latihan pengguna yang khusus.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Semua peralatan kritikal keselamatan perlu dinilai risiko yang selari dengan prosedur perubahan pengurusan syarikat. Apabila menghasilkan atau memperkenalkan peralatan pakar yang baharu, nilaikan dan pastikan ianya sepadan dengan tugas dan semua prinsip keselamatan telah dipatuhi.
Sediakan perancangan mengangkat yang didokumenkan dan maklumkan kepada tenaga kerja.
Sediakan latihan operasi, arahan dan maklumat yang sesuai untuk peralatan yang digunakan.
Sebelum setiap proses mengangkat lakukan penilaian mengangkat untuk memastikan beban stabil dan diikat kemas dan boleh diangkut ke destinasinya dengan selamat.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Bagaimana kita memastikan beban hari ini stabil dan diikat kemas?
Apakah maklumat tambahan yang anda perlukan sebelum mula tugas mengangkat hari ini?
Apakah yang boleh kita lakukan untuk menambah baik cara kita berkomunikasi mengenai perancangan mengangkat?
Apakah kawalan yang kita ada untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku pada lokasi kita?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Sebuah silinder gas yang sedang dipindahkan daripada turbin angin kepada kapal pemindah di bawah menggunakan pengangkut elektrik lengan davit. Ia terlepas daripada abah-abah dan jatuh kira-kira 17m / 55 kaki merosakkan geladak kapal. Anak kapal mengalami lebam ringan pada ibu jarinya.