-
Apakah yang berlaku?
Anaka kapal sedang mengendalikan kren davit, dengan beban yang terdiri daripada sepuluh dram 20 liter minyak hidraulik (kira-kira 200-250 liter jumlah kesemuanya).
Beban itu diangkat turun ke dalam kapal pemindah anak kapal (CTV) yang sedang menunggu.
Kegagalan berlaku yang menyebabkan beban terjatuh tanpa kawalan ke atas CTV.
Beban merosakkan susur tangan kapal itu. Tiada kecederaan berlaku kepada pekerja dan tiada masalah persekitaran yang terjadi.
-
Kenapakah ia berlaku?
Penamatan gelung pusing balik pada tali wayar gagal berfungsi, menyebabkan beban terjatuh.
Aksesori mengangkat tidak diperiksa sebelum memulakan kerja, jadi kerosakan pada penamatan gelung pusing balik tidak dikesan.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Periksa semua peralatan mengangkat sebelum digunakan. Sekiranya terdapat KERAGUAN mengenai sebarang peralatan, JANGAN GUNAKAN ia.
Pastikan jumlah berat mengangkat beban tidak melebihi berat maksimum yang dibenarkan.
Kaji prosedur mengangkat dan peralatan mengangkat.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Apakah yang anda akan periksa sebelum menggunakan peralatan mengangkat? Pernahkah berlaku sebarang masalah dengan peralatan yang sedemikian pada masa lepas?
Adakah terdapat rancangan mengangkat yang terkini tersedia untuk pengangkatan ini?
Apakah yang harus anda lakukan sekiranya anda melihat sesuatu yang seperti tidak betul sebelum atau semasa kerja dijalankan?
Adakah terdapat zon pengecualian yang dibuat di bawah beban itu? Adakah ia ditandakan dengan jelas?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Sebuah beban sedang diangkat turun ke dalam kapal pemindah anak kapal (CTV) yang sedang menunggu. Kegagalan berlaku, yang menyebabkan beban terjatuh tanpa kawalan ke atas CTV.