-
Apakah yang berlaku?
Sebuah kapal surfer berlayar masuk ke dermaga.
Seorang anak kapal, memakai jaket keselamatan, pergi ke atas geladak untuk bersedia menambat kapal itu.
Apabila kapal berada di tepi dermaga, anak kapal membaling tali penambat ke tonggak daratan 2m (6.5kaki) jauh.
Dia hilang keseimbangan dan jatuh melepasi pengadang ke dalam air.
Anak kapal itu diselamatkan ke jeti oleh ketua jurutera dan pekerja yang berada di atas dermaga.
-
Kenapakah ia berlaku?
Jejak kaki anak kapal tidak stabil semasa membaling tali penambat. Dia berdiri di atas tiang penambat kapal (lihat imej) bukannya di atas geladak.
Kedudukan yang salah menukar pusat gravitinya ke arah pengadang dan membuatkan dia senang terjatuh.
Kelayakan anak kapal telah dipersoalkan sebelum ini, tetapi tidak diambil tindakan oleh pengurusan.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Bincangkan semua kawalan bahaya dan mengkaji semula analisis keselamatan kerja (JSA) sebelum menambat. Memastikan semua anak kapal boleh melakukan kerja mereka dan membantu yang lain jika diperlukan.
Menyelidik sekiranya penjaga tali diperlukan di tepi dermaga untuk membantu penambatan.
Semua anak kapal seharusnya dapat menghuraikan dan melaksanakan prosedur penambatan yang betul.
Memastikan semua anak kapal berkelayakan. Latihan perlu sentiasa yangb terkini dan disahkan dengan kerap.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Apakah prosedur penambatan anda? Di manakah selamat untuk berdiri semasa melakukan tugas ini?
Apa yang boleh anda lakukan sekiranya anda nampak seseorang melakukan tugas secara tidak selamat?
Apakah bahaya lain yang anda mungkin hadapi semasa operasi penambatan dan penyahtambatan?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Semasa operasi menambat di tepi dermaga, seorang anak kapal yang membaling tali penambat hilang keseimbangan dan jatuh ke dalam air.