Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Man overboard selepas tersadung hos semasa pendaratan bot

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Semasa menuruni tangga pada pelantar pesisir luar, seorang pekerja tersadung pada hos keluar 2-inci yang diletakkan merentasi pangkal tangga.

Dia jatuh di antara tempat pendaratan bot dan bot kerja di tambatkan, menahan jatuhnya dengan memegang rantai pengadang yang diikat kepada bot kerja.

Pegawai yang bertugas melihat kejadian daripada jambatan kapal dan membunyikan penggera.  Dia diselamatkan secara manual ke geladak.

Dia memakai peranti pengapung berbusa tiga keping, dan kesemua peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang diperlukan termasuk topi keledar dengan tali pengikat dagu yang dipakai dengan betul.

Anak kapal itu tercedera. Terdapat potensi untuk keadaan itu menjadi lebih teruk.

Hos keluar pada bahagian bawah tangga di pelantar pesisir luar.
What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

Amalan pengurusan hos yang tidak baik: hos diletakkan merentasi pelantar pendaratan bot menyebabkan bahaya tersadung.

Langkah-langkah kawalan seperti yang diluluskan penilaian risiko tidak dilaksanakan: terutamanya, syarat untuk meletakkan hos dalam keadaan selamat.

Meletakkan hos di pelantar tempat berjalan kaki telah menjadi amalan kebiasaan.

Individu yang menilai pelantar pendaratan bot telah gagal mengenal pasti dan melaporkan bahaya.

What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Memastikan semua tugas dirancang dengan baik dan risiko dinilai sebelum memulakan aktiviti kerja, termasuk menyemak akses, jalan keluar dan jalan melepaskan diri.

Di mana hos sementara diletakkan pada jalan masuk/kawasan kerja, sentiasa pertimbangkan kawalan tambahan untuk menyingkirkan kemungkinan bahaya tersadung, seperti menggunakan rak kabel atau penutup hos.

Tingkatkan tumpuan pada tingkah laku keselamatan kritikal seperti ‘mata melihat jalan’ apabila memasuki tempat kerja yang bukan kebiasaan.

Apabila bahaya dan/atau keadaan tidak selamat diperhatikan, masuk campur dan laporkan.

Kawasan kerja yang telah dikemaskan. Hos telah dialihkan dan tangga telah dikosongkan.
What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

Apakah bahaya yang anda lihat yang boleh menyebabkan kecederaan parah?

Bagaimana kita melaporkan bahaya?

Bagaimana kita boleh mengamalkan pengurusan hos yang baik?

Apakah prosedur Man overboard (MOB) kita?

  • Apakah yang berlaku?

    Semasa menuruni tangga pada pelantar pesisir luar, seorang pekerja tersadung pada hos keluar 2-inci yang diletakkan merentasi pangkal tangga.

    Dia jatuh di antara tempat pendaratan bot dan bot kerja di tambatkan, menahan jatuhnya dengan memegang rantai pengadang yang diikat kepada bot kerja.

    Pegawai yang bertugas melihat kejadian daripada jambatan kapal dan membunyikan penggera.  Dia diselamatkan secara manual ke geladak.

    Dia memakai peranti pengapung berbusa tiga keping, dan kesemua peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang diperlukan termasuk topi keledar dengan tali pengikat dagu yang dipakai dengan betul.

    Anak kapal itu tercedera. Terdapat potensi untuk keadaan itu menjadi lebih teruk.

    Hos keluar pada bahagian bawah tangga di pelantar pesisir luar.
  • Kenapakah ia berlaku?

    Amalan pengurusan hos yang tidak baik: hos diletakkan merentasi pelantar pendaratan bot menyebabkan bahaya tersadung.

    Langkah-langkah kawalan seperti yang diluluskan penilaian risiko tidak dilaksanakan: terutamanya, syarat untuk meletakkan hos dalam keadaan selamat.

    Meletakkan hos di pelantar tempat berjalan kaki telah menjadi amalan kebiasaan.

    Individu yang menilai pelantar pendaratan bot telah gagal mengenal pasti dan melaporkan bahaya.

    Why did it happen - icon
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Memastikan semua tugas dirancang dengan baik dan risiko dinilai sebelum memulakan aktiviti kerja, termasuk menyemak akses, jalan keluar dan jalan melepaskan diri.

    Di mana hos sementara diletakkan pada jalan masuk/kawasan kerja, sentiasa pertimbangkan kawalan tambahan untuk menyingkirkan kemungkinan bahaya tersadung, seperti menggunakan rak kabel atau penutup hos.

    Tingkatkan tumpuan pada tingkah laku keselamatan kritikal seperti ‘mata melihat jalan’ apabila memasuki tempat kerja yang bukan kebiasaan.

    Apabila bahaya dan/atau keadaan tidak selamat diperhatikan, masuk campur dan laporkan.

    Kawasan kerja yang telah dikemaskan. Hos telah dialihkan dan tangga telah dikosongkan.
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Apakah bahaya yang anda lihat yang boleh menyebabkan kecederaan parah?

    Bagaimana kita melaporkan bahaya?

    Bagaimana kita boleh mengamalkan pengurusan hos yang baik?

    Apakah prosedur Man overboard (MOB) kita?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 03/02/22 392 Paparan

Anak kapal tersadung pada hos keluar 2-inci yang diletakkan merentasi pangkal tangga