-
Apakah yang berlaku?
Beberapa kejadian telah berlaku dalam jangka masa beberapa bulan. Semua mempunyai potensi menyebabkan kematian:
- Semasa kerja di atas tangki simpanan besar, sebuah forklift 4x4 menghulurkan jorannya kepada tingkat paling atas perancah (beban 210 kg/460 paun) dan terbalik di sebelah sisi.
- Pekerja sedang menggunakan jengkaut mini untuk mengangkat penutup peparit (300 kg/660 paun setiap satu). Kapasiti maksimum pengangkat hanya 170 kg/375 paun daripada sisi, menyebabkannya terbalik. Pengendali melompat keluar (tidak memakai tali pinggang keledar).
- Pekerja cuba untuk mengalihkan forklift 4x4 dengan joran yang terbuka. Ia terbalik. Pekerja tidak memakai tali pinggang keledar.
- Kren dipasang tanpa outriger dibuka. Semasa ia berpusing dengan joran terbuka, kren itu terbalik.
-
Kenapakah ia berlaku?
Dalam semua kes, peraturan asas untuk operasi mengangkat tidak dipatuhi:
- Outriger tidak dibuka.
- Kren tidak diseimbangkan.
- Beban terlalu berat.
- Joran tidak ditarik sebelum bergerak.
- Tali pinggang keledar tidak dipakai.
Dalam sesetengah kes, latihan yang diberikan kepada pekerja tidak mencukupi.
Pekerja mempunyai sikap kepada keselamatan yang tidak sesuai.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Outriger mestilah dipasang dengan betul sebelum sebarang pergerakan (sorong tarik) joran.
Sebelum sorong tarik joran keluar, mesin (kren, forklift, dan sebagainya) mestilah diseimbangkan.
Sebelum menggerakkan kren joran mestilah ditarik.
Tali pinggan keledar mestilah dipakai dalam setiap mesin angkat.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?
Bagaimana kita memastikan kren diseimbangkan?
Apakah kapasiti mengangkat maksimum kren yang kita gunakan? Berapakah berat beban?
Apakah kawalan yang kita ada untuk mencegahnya daripada berlaku hari ini? Bagaimana kita tahu yang ianya berkesan?
Apakah yang boleh kita pelajari dari kejadian ini?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Beberapa kejadian melibatkan kren terbalik telah berlaku dalam jangka masa beberapa bulan. Semua mempunyai potensi menyebabkan kematian. Dalam semua kes, peraturan asas untuk operasi mengangkat tidak dipatuhi.