-
Apakah yang berlaku?
Seorang pekerja sedang dalam waktu rehat, berjalan pergi ke kantin pelantar penggerudian.
Semasa berjalan dari tangga menuju ke kantin pekerja itu memegang susur tangga dan menyentuh pemegang pintu.
Dia terkena kejutan elektrik dan pengsan.
Pekerja di bawa ke hospital sewaktu masih pengsan.
Dia meninggal dunia beberapa bulan kemudian di hospital – kematian tertunda disebabkan kejadian yang awal tadi.
-
Kenapakah ia berlaku?
Air hujan telah bocor daripada bahagian atas kabin kantin ke lampu limpah, menyebabkan arus elektrik ‘bocor’ ke pintu kantin.
Semasa pekerja menyentuh kedua-dua pemegang pintu dan susur tangga, arus mengalir melalui tubuhnya.
Lampu telah dialihkan oleh dua juru elektrik yang tidak bertauliah baru-baru ini – ia dalam keadaan yang teruk, mempunyai sistem pembumian yang tidak baik dan pemecah litar tidak berfungsi.
Semasa mengalihkan lampu elektrik ke bumbung, proses pengurusan perubahan (MOC) tidak dipatuhi, dan tugas tidak diselia.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Memastikan semua juru elektrik disahkan sebagai berkelayakan.
Menetapkan dan melaksanakan prosedur MOC untuk merangkumi pengubahsuaian fasiliti dan peralatan.
Menetapkan dan melaksanakan program pengurusan keselamatan elektrik.
Menguatkuasakan penyeliaan di lokasi dan audit kerap untuk memastikan kepatuhan dan amalan yang baik.
Memastikan pelantar daratan patuh kepada keperluan undang-undang yang relevan dan keperluan kontrak.
Mengkaji semula proses ‘kesediaan untuk menggerudi’ bagi memastikan kepatuhan.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Apakah yang anda harus lakukan sekiranya anda melihat kebocoran air di mana-mana di lokasi?
Bagaimana anda akan melaporkannya? Apakah prosedur anda?
Apakah proses pengurusan perubahan anda?
Bagaimana anda memastikan semua pekerja di lokasi anda berkelayakan?
Berapa kerap anda melakukan pengenalpastian bahaya di lokasi anda? Apakah langkah-langkah keselamatan lain yang patut kita pertimbangkan?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Seorang pekerja sedang dalam waktu rehat, berjalan pergi ke kantin pelantar penggerudian. Pekerja itu memegang susur tangga dan menyentuh pemegang pintu pada masa yang sama dan terkena kejutan elektrik.