Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Panel dinding pra-tuang tidak berfungsi (kimpalan dan pendakap ‘L’)

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Di tingkat ketujuh bangunan yang sedang dibina, panel dinding konkrit seberat 6 tan sedang dipasang ke tempatnya dan dilekatkan ke lantai.

Ia dipasang dengan menggunakan dua pendakap ‘L’ dan dua penahan dinding.

Empat jam kemudian, pemasangan panel telah gagal dan ia terjatuh dua aras ke aras kelima bangunan.

Tiada pekerja yang tercedera, tetapi ia menyebabkan kerosakan teruk kepada perancah dan kerja acuan bangunan tersebut.

Panel konkrit pra tuang selepas terjatuh
What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

Panel dinding itu tidak stabil sepenuhnya kerana ia masih tidak diikat dengan lantai bawah.

Satu-satunya benda yang memegang panel itu di tempatnya ialah pendakap ‘L’ (yang dikimpal kepada panel dan lantai) dan penahan dinding untuk menstabilkan panel dinding.  Ini ialah amalan biasa – kebiasaannya panel dinding tidak diikat ke lantai atas sehingga berhari-hari atau berminggu-minggu kemudian.

Penahan dinding hanya direka bentuk untuk mengelakkan pergerakan ke sisi panel dinding dan gagal berfungsi setelah panel terjatuh.

Keutuhan kimpalan pada pendakap ‘L’ tidak cukup kuat untuk memastikan panel dinding dalam keadaan tegak.

Kaedah yang digunakan untuk mengikat panel dinding pra tuang kepada lantai
What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Pengimpalan bukan cara yang sesuai untuk mengikat pendakap panel ke panel dinding konkrit:

  • Tidak dapat mencegah panel bergerak semasa pengimpalan.
  • Sukar untuk jurukimpal untuk memasukkan elektrod dengan betul.
  • Sukar untuk meneka kepanasan yang betul untuk mengimpal (terlalu panas atau terlalu sejuk menyebabkan kimpalan gagal).
  • Kurangnya ujian untuk mengesahkan kimpalan mempunyai struktur yang kukuh.

Sambungan dengan bolt harus digunakan di antara panel, pendakap, dan bangunan tersebut.

Sebarang sistem untuk mengikat dinding kepada bangunan harus melalui proses reka bentuk penuh oleh jurutera yang cekap, mematuhi proses pemasangan, diperiksa dan ditauliahkan.

Plat keluli tuang ke dalam muka panel menunjukkan lekukan
What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini? Apakah akibatnya?

Adakah mengimpal panel merupakan amalan biasa di sini? Adakah itu bermakna ianya selamat?

Apakah proses alternatif yang harus kita gunakan untuk mengikat panel dinding ke tempatnya?

Bagaimana kita bertindak balas kepada kejadian seperti ini?

  • Apakah yang berlaku?

    Di tingkat ketujuh bangunan yang sedang dibina, panel dinding konkrit seberat 6 tan sedang dipasang ke tempatnya dan dilekatkan ke lantai.

    Ia dipasang dengan menggunakan dua pendakap ‘L’ dan dua penahan dinding.

    Empat jam kemudian, pemasangan panel telah gagal dan ia terjatuh dua aras ke aras kelima bangunan.

    Tiada pekerja yang tercedera, tetapi ia menyebabkan kerosakan teruk kepada perancah dan kerja acuan bangunan tersebut.

    Panel konkrit pra tuang selepas terjatuh
  • Kenapakah ia berlaku?

    Panel dinding itu tidak stabil sepenuhnya kerana ia masih tidak diikat dengan lantai bawah.

    Satu-satunya benda yang memegang panel itu di tempatnya ialah pendakap ‘L’ (yang dikimpal kepada panel dan lantai) dan penahan dinding untuk menstabilkan panel dinding.  Ini ialah amalan biasa – kebiasaannya panel dinding tidak diikat ke lantai atas sehingga berhari-hari atau berminggu-minggu kemudian.

    Penahan dinding hanya direka bentuk untuk mengelakkan pergerakan ke sisi panel dinding dan gagal berfungsi setelah panel terjatuh.

    Keutuhan kimpalan pada pendakap ‘L’ tidak cukup kuat untuk memastikan panel dinding dalam keadaan tegak.

    Kaedah yang digunakan untuk mengikat panel dinding pra tuang kepada lantai
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Pengimpalan bukan cara yang sesuai untuk mengikat pendakap panel ke panel dinding konkrit:

    • Tidak dapat mencegah panel bergerak semasa pengimpalan.
    • Sukar untuk jurukimpal untuk memasukkan elektrod dengan betul.
    • Sukar untuk meneka kepanasan yang betul untuk mengimpal (terlalu panas atau terlalu sejuk menyebabkan kimpalan gagal).
    • Kurangnya ujian untuk mengesahkan kimpalan mempunyai struktur yang kukuh.

    Sambungan dengan bolt harus digunakan di antara panel, pendakap, dan bangunan tersebut.

    Sebarang sistem untuk mengikat dinding kepada bangunan harus melalui proses reka bentuk penuh oleh jurutera yang cekap, mematuhi proses pemasangan, diperiksa dan ditauliahkan.

    Plat keluli tuang ke dalam muka panel menunjukkan lekukan
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini? Apakah akibatnya?

    Adakah mengimpal panel merupakan amalan biasa di sini? Adakah itu bermakna ianya selamat?

    Apakah proses alternatif yang harus kita gunakan untuk mengikat panel dinding ke tempatnya?

    Bagaimana kita bertindak balas kepada kejadian seperti ini?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 17/05/22 501 Paparan

Sebuah panel dinding konkrit seberat 6 tan terjatuh daripada tingkat tujuh bangunan yang sedang dibina. Panel itu terjatuh ke papak lantai aras kelima, dengan perancah dan kerja acuan mengalami kerosakan.