-
Apakah yang berlaku?
Tiga orang juruteknik ditugaskan untuk melakukan penukaran panel peralatan suis utama. Semasa melakukan tugas ini litar pintas telah berlaku.
Arus elektrik yang tinggi menyebabkan jumlah tenaga pemanasan yang besar dibebaskan.
Rancangan tindak balas kecemasan diaktifkan. Seorang juruteknik berada dalam jarak yang dekat dengan papan suis itu dan telah dipindahkan.
Selepas dipindahkan ke pelantar luar pesisir, juruteknik yang tercedera di angkut udara ke sebuah hospital tempatan. Dia mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan terhidu asap. Walaupun berjaya, tindak balas kecemasan mengambil masa terlalu lama.
-
Kenapakah ia berlaku?
Juruteknik itu tidak mematuhi amalan kerja selamat untuk bekerja dengan sistem bervoltan tinggi. Ini terjadi disebabkan oleh beberapa sebab:
- Dokumentasi dan prosedur rujukan pendawaian tidak tersedia semasa kerja dijalankan.
- Kurangnya sumber pada pusat kawalan pelantar luar pesisir.
- Kurangnya semakan di lokasi dan amalan sebenar rancangan tindak balas kecemasan.
- Kegagalan komunikasi semasa kerja itu
- Peranan dan tanggungjawab setiap anggota pasukan tidak jelas.
- Kurangnya sumber untuk melakukan tugas (pekerja, peralatan dan alin-lain)
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Sumber-sumber (dokumentasi, bahan-bahan dan lain-lain) harus tersedia di lokasi tugas sebelum apa-apa kerja dimulakan.
Sekiranya dokumentasi tidak tersedia, kerja tidak seharusnya dimulakan sehingga dokumentasi tersedia. Sekiranya terdapat dokumen didapati hilang semasa tugasan itu, kerja harus dihentikan.
Sekiranya untuk apa-apa sebab sumber yang betul tidak tersedia atau dikurangkan, jadual perlu disemak semula dan dikemas kini untuk menunjukkan sumber yang ada.
\Kecekapan dan latihan harus diperiksa untuk semua pekerja yang terlibat dalam kerja bervoltan tinggi, termasuk kontraktor.
Rancangan tindak balas kecemasan harus disemak dan diamalkan secara rutin.
Kaji semula sistem bervoltan tinggi dan pengurusan keselamatan.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Bagaimana anda tahu sekiranya anda mempunyai latihan yang betul untuk melakukan kerja bervoltan tinggi?
Adakah prosedur dan jadual penukaran yang betul tersedia – termasuk pada waktu kerja itu dijalankan? Jika tidak, apa yang anda harus lakukan?
Apakah prosedur tindak balas kecemasan yang kita ada, dan bagaimana ia diaktifkan?
Sekiranya anda harus terlibat di dalam penyelamatan, adakah anda mempunyai pengetahuan dan amalan yang mencukupi untuk melakukan tugas anda?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Tiga orang juruteknik ditugaskan untuk melakukan penukaran panel peralatan suis utama. Semasa melakukan tugas ini litar pintas telah berlaku. Juruteknik yang tercedera telah diangkut udara kepada sebuah hospital tempatan menggunakan helikopter, mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan terhidu asap.