-
Apakah yang berlaku?
Seorang penyelam sedang membersihkan penaik dengan menggunakan pemancut air bertekanan tinggi (HP).
Semasa tugas itu, penyelam itu memotong pahanya dengan pemancut air.
-
Kenapakah ia berlaku?
Penyelam tidak diikat dengan kemas semasa operasi membersih.
Panjang hos HP yang diperlukan untuk kerja ini juga dikira dengan salah. Panjang minimum hos yang diperlukan ialah biasanya 1.5 ganda kedalaman bekerja yang dijangkakan.
Lanset pemancut air mungkin terlalu pendek. Potensi kemalangan kecederaan sendiri semasa menggunakan pistol pemancut HP meningkat apabila panjang lanset (barel) semakin pendek.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Sebelum operasi pemancutan air pastikan ceramah toolbox diadakan, penilaian risiko penuh dilakukan dan panjang hos di periksa.
- Panjang hos mestilah tidak mengganggu keselesaan dan keselamatan penyelam.
- Hos mestilah diikat pada lokasi yang sesuai untuk meminimumkan pergerakan yang menyebabkan perubahan bekalan tekanan atau pergerakan tidal/arus.
- Hos tidak sepatutnya diikat pada sebarang peralatan menyelam.
Penyelam harus sentiasa di kedudukan yang selesa dan selamat semasa operasi pemancutan air bertekanan tinggi , terutama semasa operasi di dalam air untuk meminimumkan kebarangkalian hilang kawalan trajektori.
- Kebarangkalian ini juga meningkat sekiranya pemancut ke belakang dan pemancut ke depan pada pistol tidak seimbang.
Periksa pistol sama ada reka bentuk yang bersesuaian, diseimbangkan dengan betul, diselenggara dengan baik, dan memenuhi tujuannya.
Penyelam mesti memegang pistol dengan dua tangan dan menggunakan picu henti/lepas sebelum setiap pergerakan.
Memastikan komunikasi kerap daripada penyelam dan penyelia selaman mengenai situasi di kedalaman.
Ingatkan pasukan menyelam kepentingan komunikasi yang bagus dan pemerhatian yang konsisten dalam amalan bekerja yang selamat.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Bagaimana anda memeriksa yang anda diikat dengan selamat sebelum memulakan sebarang tugas pemancutan air bertekanan tinggi?
Adakah anda yakin untuk mengendalikan pistol air? Apakah yang anda perlu lakukan jika tidak?
Bagaimana anda berkomunikasi dengan penyelam lain/penyelia? Apakah cadangan yang anda ada untuk menambah baik komunikasi?
Apakah yang anda lakukan sekiranya anda ternampak rakan penyelam bekerja di dalam keadaan tidak selamat?
Apakah prosedur jika berlaku kecemasan?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Seorang penyelam sedang membersihkan penaik dengan menggunakan pemancut air bertekanan tinggi. Ia tidak diikat kemas dan memotong pahanya dengan pemancut air itu.