Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Jatuh dari ketinggian: Pekerja tercedera apabila tangga gentian kaca patah dua

  • Apakah yang berlaku?

    Seorang pekerja sedang menuruni tangga pijak gentian kaca taraf beban 120kg (265 paun), yang dipasang dalam keadaan belum terbuka.

    Tangga itu patah dua. Ia patah pada titik engsel utama di mana sisi bingkai gentian kaca bersambung dengan bahgian belakang penutup atas.

    Pekerja itu jatuh 2m (6.5kaki), mencederakan belakangnya.

    Tangga pijak gentian kaca pecah dua
  • Kenapakah ia berlaku?

    Penutup atas tangga telah rosak (mungkin disebabkan oleh kesan sebelum ini atau tangga pernah terjatuh).

    Tangga itu berusia beberapa tahun dan mempunyai tanda haus dan lusuh.

    Tangga gentian kaca dan plastik mempunyai lebih banyak masalah usang berbanding tangga logam.

    Sebahagian tangga pijak gentian kaca menunjukkan tanda haus dan lusuh
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Semua tangga perlu diperiksa dengan kerap dan diselenggara dalam keadaan baik.

    Tangga gentian kaca dan plastik memerlukan pemeriksaan terperinci, yang mana memerlukan pemeriksaan ke atas:

    • Gentian kaca untuk haus, rekahan di sekeliling rivet dan lubang bolt, dan 'berkerak’ (gentian kaca pecah pada permukaan, yang boleh mengurangkan penebatan elektrik).
    • Bolt dan rivet perlulah ada dan diikat kemas.
    • Engsel seharusnya tidak longgar atau retak.
    • Kakisan dalaman dan luaran.
    • Semua permukaan berkisar atau berputar perlu bergerak bebas – letakkan pelincir seperti arahan pengeluar apabila diperlukan.
    • Memastikan kaki tangga tidak haus dengan teruk atau hilang.

    Pemeriksaan tangga perlu dilakukan:

    • apabila dibeli, diterima atau diselenggara
    • sebelum setiap penggunaan
    • selepas kemalangan, jatuh dan impak
    • secara berkala untuk memeriksa tanda-tanda usang

    Sekiranya tangga rosak, ia perlu dihantar untuk diperbaiki atau dimusnahkan.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimana anda tahu jenis tangga yang boleh anda gunakan dengan selamat untuk tugas anda?

    Apakah yang anda akan periksa sebelum menggunakan tangga hari ini? Sekiranya seuatu nampak tidak kena, apakah yang anda harus lakukan?

    Bagaimana sebuah tangga diletakkan dengan selamat (fikirkan kakinya, tangga boleh disandarkan ke atas apa, bagaimana anda mengalihkannya dalam cara yang selamat)?

    Apakah teknik untuk memanjat dan menuruni tangga dengan selamat?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 29/01/22 221 Paparan

Seorang pekerja tercedera selepas jatuh dari tangga gentian kaca selepas tangga terpecah dua. Ia patah pada titik engsel utama di mana sisi bingkai gentian kaca bersambung dengan bahgian belakang penutup atas.