Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Juru elektrik mengalami renjatan elektrik yang membawa maut semasa bekerja dengan panel elektrik yang salah

What happened - icon

Apakah yang berlaku?

Kerja elektrik sedang dilakukan pada pemasangan luar pesisir.

Pemeriksaan terakhir untuk memastikan saluran kuasa disambung dengan betul kepada panel ialah untuk menukarkan pemutus litar ke kedudukan ujian.

Jurutera elektrik memanggil juru elektrik untuk memberikan arahan bagi menukarkan pemutus litar.

Kemudian, jurutera itu tidak dapat menghubungi juru elektrik selama satu jam. Dia kemudiannya menghubungi penyelia pengeluaran untuk menyiasat.

Penyelia pengeluaran menemui juru elektrik itu, terbaring di tanah, di belakang panel elektrik.

Juru elektrik itu mengalami kelecuran di lengan kiri daripada renjatan elektrik dan diisytiharkan mati di tempat kejadian.

What happened - icon

Kenapakah ia berlaku?

Juru elektrik itu telah menyiapkan ujian mula, kemudian pergi ke kawasan berbeza di lokasi, dan kembali tidak lama selepas itu. Dia kembali ke panel yang salah – panel yang hidup.

Pelabelan yang salah / mengelirukan panel menyebabkan kekeliruan.

Juru elektrik sepatutnya menguji panel daripada depan (tanpa akses ke bahagian yang dikuasakan), bukannya panel belakang.

Juru elektrik tidak sepatutnya bekerja seorang diri dalam tugasan ini.

Pengujian elektrik dilakukan tanpa arahan bertulis dan penilaian risiko.

Tidak dapat dipastikan sama ada permit kerja (PTW) diperlukan untuk tugasan ini.

What happened - icon

Apakah yang telah mereka pelajari?

Semak dan ubah sebarang pelabelan yang salah pada panel elektrik.

Pastikan tanda amaran elektrik ada.

Tingkatkan kesedaran amalan terbaik dan risiko pengoperasian.

Pastikan semasa menghidupkan semula telaga terdapat rancangan yang sesuai, penilaian risiko dan arahan bertulis.

Tingkatkan penyeliaan pekerja semasa tugasan.

Kerja elektrik hendaklah dilakukan oleh minimum dua orang juruteknik elektrikal yang pakar.

Kemas kini prosedur PTW supaya ianya jelas aktiviti manakah yang memerlukan PTW dan yang mana tidak.

Semua kerja penyelenggaraan harus dilakukan dengan dokumentasi yang sesuai.

Sahkan keutuhan semua peralatan elektrik pada substesen.

What happened - icon

Tanya diri anda atau krew anda

Bagaimana anda tahu yang anda bekerja pada panel yang betul?

Adakah semua panel elektrik dilabelkan dengan jelas di lokasi anda?

Beramai orang yang telah ditugaskan untuk bekerja dengan tugasan elektrik? Adakah ianya mencukupi?

Bagaimana anda tahu siapa yang berkelayakan untuk bekerja pada tugasan elektrik (spesifik)?

Adakah anda mempunyai semua dokumentasi yang diperlukan untuk tugasan anda? Apakah yang harus kita lakukan sekiranya ini tiada?

Tugasan anda yang mana memerlukan penyeliaan? Adakah terdapat tugasan lain yang harus diselia?

  • Apakah yang berlaku?

    Kerja elektrik sedang dilakukan pada pemasangan luar pesisir.

    Pemeriksaan terakhir untuk memastikan saluran kuasa disambung dengan betul kepada panel ialah untuk menukarkan pemutus litar ke kedudukan ujian.

    Jurutera elektrik memanggil juru elektrik untuk memberikan arahan bagi menukarkan pemutus litar.

    Kemudian, jurutera itu tidak dapat menghubungi juru elektrik selama satu jam. Dia kemudiannya menghubungi penyelia pengeluaran untuk menyiasat.

    Penyelia pengeluaran menemui juru elektrik itu, terbaring di tanah, di belakang panel elektrik.

    Juru elektrik itu mengalami kelecuran di lengan kiri daripada renjatan elektrik dan diisytiharkan mati di tempat kejadian.

    What happened - icon
  • Kenapakah ia berlaku?

    Juru elektrik itu telah menyiapkan ujian mula, kemudian pergi ke kawasan berbeza di lokasi, dan kembali tidak lama selepas itu. Dia kembali ke panel yang salah – panel yang hidup.

    Pelabelan yang salah / mengelirukan panel menyebabkan kekeliruan.

    Juru elektrik sepatutnya menguji panel daripada depan (tanpa akses ke bahagian yang dikuasakan), bukannya panel belakang.

    Juru elektrik tidak sepatutnya bekerja seorang diri dalam tugasan ini.

    Pengujian elektrik dilakukan tanpa arahan bertulis dan penilaian risiko.

    Tidak dapat dipastikan sama ada permit kerja (PTW) diperlukan untuk tugasan ini.

    Why did it happen - icon
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Semak dan ubah sebarang pelabelan yang salah pada panel elektrik.

    Pastikan tanda amaran elektrik ada.

    Tingkatkan kesedaran amalan terbaik dan risiko pengoperasian.

    Pastikan semasa menghidupkan semula telaga terdapat rancangan yang sesuai, penilaian risiko dan arahan bertulis.

    Tingkatkan penyeliaan pekerja semasa tugasan.

    Kerja elektrik hendaklah dilakukan oleh minimum dua orang juruteknik elektrikal yang pakar.

    Kemas kini prosedur PTW supaya ianya jelas aktiviti manakah yang memerlukan PTW dan yang mana tidak.

    Semua kerja penyelenggaraan harus dilakukan dengan dokumentasi yang sesuai.

    Sahkan keutuhan semua peralatan elektrik pada substesen.

    What learn - icon
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimana anda tahu yang anda bekerja pada panel yang betul?

    Adakah semua panel elektrik dilabelkan dengan jelas di lokasi anda?

    Beramai orang yang telah ditugaskan untuk bekerja dengan tugasan elektrik? Adakah ianya mencukupi?

    Bagaimana anda tahu siapa yang berkelayakan untuk bekerja pada tugasan elektrik (spesifik)?

    Adakah anda mempunyai semua dokumentasi yang diperlukan untuk tugasan anda? Apakah yang harus kita lakukan sekiranya ini tiada?

    Tugasan anda yang mana memerlukan penyeliaan? Adakah terdapat tugasan lain yang harus diselia?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 19/07/22 553 Paparan

Kerja elektrik sedang dilakukan pada pemasangan luar pesisir. Seorang juru elektrik sedang bekerja bersendirian menguji panel, dia tidak dapat dihubungi, dan dia dijumpai telah terkena renjatan elektrik.