-
Apakah yang berlaku?
Dua orang pekerja sedang bekerja dalam bilik enjin di enjin utama kapal memancing yang sedang membuat penyelenggaraan.
Dua orang pekerja lain sedang memasang sistem pemadam api aerosol terkondensasi di dalam bilik yang sama.
Semasa pemasangan, sistem pemadam api aerosol itu terlepas separa tanpa amaran, mengisi bilik enjin dengan awanan tebal partikel pemadam api aerosol.
Tiga daripada empat pekerja berjaya melepaskan diri tanpa kecederaan.
Pekerja ke empat kemudiannya dijumpai tidak bernafas dan tidak boleh diresusitasikan.
-
Kenapakah ia berlaku?
Semasa pelepasan tidak sengaja itu, pekerja menghidu kepekatan tinggi partikel pemadam.
Manual pemasangan telah mengenal pasti pelepasan sebagai bahaya, tetapi kehilangan nyawa tidak dikenal pasti sebagai akibatnya - risiko yang berkaitan dengan menghidu partikel pemadam yang tidak dilindungi.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Semua orang yang terlibat dengan pemasangan sistem pemadam api aerosol terkondensasi perlu sedar akan risiko pendedahan kepada partikel aerosol.
Langkah berjaga-jaga keselamatan tambahan yang berikut mestilah ada:
- Sebelum melepaskan sistem aerosol terkondensasi, perlulah ada penggera yang dilihat dan didengari untuk memberitahu pekerja.
- Pemeriksaan harus dibuat untuk memastikan ruang tertutup telah dikosongkan sebelum sistem diaktifkan.
Semasa sistem sedang dipasang/diselenggara:
- Ia sepatutnya diasingkan sepenuhnya untuk melindungi daripada pengaktifan secara tidak sengaja.
- Pekerja yang tidak terlibat sepatutnya tidak berada di dalam kawasan itu.
- Perancangan menyelamat dalam ruang tertutup juga perlu ada.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Bolehkah sebarang peralatan yang anda gunakan/pasang diaktifkan dengan tidak sengaja? Apakah risiko jika ini berlaku?
Apakah risiko terdedah kepada partikel aerosol?
Adakah anda mempunyai perancangan menyelamat di ruang terkurung? Apakah ia?
Apakah langkah berjaga-jaga tambahan yang kita ambil untuk melindungi anda dan pekerja yang lain?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Semasa pemasangan sistem pemadam api aerosol terkondensasi pada sebuah kapal, sistem itu terlepas tanpa sebarang amaran, mengisi bilik dengan partikel aerosol pemadam api. Tiga daripada empat pekerja berjaya melepaskan diri. Orang yang ke empat meninggal dunia.