-
Apakah yang berlaku?
Semasa ‘rondaan keselamatan’ di atas kapal, sesetengah peralatan dijumpai berada dalam keadaan yang teruk.
Selimut kalis api di dapur telah digunakan untuk memadamkan kebakaran dan dibungkus semula. Tiada laporan kejadian di buat semasa kebakaran berlaku, dan jelaslah selimut kalis api sudah lama tidak diperiksa.
Tangga yang rosak, dengan tanda kakisan dan kehilangan sokongan plastik di bahagian bawah, juga diperhatikan
-
Kenapakah ia berlaku?
Arahan untuk pemeriksaan menyeluruh dan keperluan pencegahan kebakaran tidak dipatuhi.
Tiada pemeriksaan mingguan selimut kalis api dilakukan oleh pekerja walaupun ia ialah keperluan prosedur untuk dilakukan.
Tiada pemeriksaan kerap dan pra-guna tangga di atas kapal.
Keperluan untuk memeriksa semua tangga dan peralatan mengangkat secara kerap, dan untuk melakukan penyelenggaraan yang diperlukan, tidak dipatuhi.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Pastikan semua peralatan di dalam senarai semak pemeriksaan disemak secara teliti – bukan hanya sekadar ‘aktiviti menanda kotak’.
Sebarang kejadian (seperti kebakaran kecil dalam kes ini), walaupun kecil, haruslah dilaporkan dengan segera.
Pastikan semua tangga di atas kapal diperiksa, dikira dan dilabelkan secara bulanan.
Tangga yang rosak haruslah dikeluarkan daripada kapal dan alat ganti sudah dipesan.
Pekerja haruslah diingatkan tentang kepentingan melakukan semakan pra-mula pada semua tangga
-
Tanya diri anda atau krew anda
Adakah pemeriksaan di tempat kerja anda dijalankan dengan teliti? Bagaimanakah kita tahu?
Bilakah rondaan keselamatan yang terakhir dilakukan di atas kapal/tempat kerja anda?
Mengapakah anda fikir kebakaran itu tidak dilaporkan?
Bagaimana kita dapat memastikan yang semua kejadian dilaporkan?
Adakah anda memeriksa tangga sebelum menggunakannya? Bagaimanakah kita tahu ianya selamat digunakan?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Semasa ‘rondaan keselamatan’ di atas kapal, peralatan (termasuk tangga dan selimut kalis api) dijumpai berada dalam keadaan yang teruk.