-
Apakah yang berlaku?
Seorang pekerja menggunakan pengsanitasi tangan berasaskan alkohol, sebagaimana pengesyoran terkini untuk keperluan kebersihan diri COVID-19.
Selepas memakainya, tetapi sebelum pengsanitasi tangan menyejat dan kering sepenuhnya, dia menyentuh permukaan logam.
Elektrik statik yang terhasil membentuk sumber cucuhan dan pengsanitasi menyala, menyebabkan api yang hampir tidak kelihatan di kedua-dua tangan.
Individu itu berjaya memadamkan api tetapi mengalami kelecuran tahap pertama dan kedua (lihat gambar).
-
Kenapakah ia berlaku?
Gel pensanitasi tangan mengandungi kepekatan alkohol. Apabila pensanitasi tangan dipakai, gel itu memerlukan masa yang sesuai untuk kering.
Wap alkohol boleh menyala sekiranya didedahkan dengan sumber cucuhan, seperti suis lampu atau pemetik api.
-
Apakah yang telah mereka pelajari?
Semasa menggunakan gel pengsanitasi tangan berasaskan alkohol, pastikan gel diberikan masa yang sesuai untuk kering/menyejat sepenuhnya.
Elakkan menyentuh sebarang permukaan sehingga gel kering sepenuhnya. Sebarang bentuk sumber cucuhan mempunyai potensi untuk menyebabkan isu yang sama seperti yang dialami oleh individu itu.
Sekiranya tidak pasti mengenai cara menggunakan pengsanitasi berasaskan alkohol, basuh tangan dengan air sabun panas yang mempunyai kesan yang sama seperti gel tangan.
-
Tanya diri anda atau krew anda
Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?
Apakah jenis pensanitasi tangan yang kita gunakan di sini?
Apakah perubahan yang boleh kita lakukan untuk cara menggunakan pengsanitasi bagi mengelakkan sesuatu seperti ini berlaku di sini?
Tambahkan ke skrin utama
Nama kandungan
Pilih kategori yang sedia ada:
Nama kandungan
Koleksi baharu
Edit koleksi

Seorang pekerja mengalami kelecuran apabila pensanitasi tangan berasaskan alkohol menyala disebabkan nyahcas statik.