Tambahkan ke skrin utama

Sekiranya anda ingin menambahkan aplikasi ini ke skrin utama ketik dan kemudian 'Tambah ke Skrin Utama'.

Kejutan elektrik semasa membuka panel 11kV tanpa pengasingan

  • Apakah yang berlaku?

    Semasa kegagalan kuasa tempatan, kuasa elektrik ke bangunan telah dibekalkan oleh penjana tunggu sedia.

    Kuasa telah dipulihkan ke kawasan kejiranan, tetapi suis pertukaran automatik gagal untuk memulihkan kuasa ke keseluruhan bangunan

    Pengendali mematikan penjana tunggu sedia secara manual, tetapi kuasa gagal dipulihkan, dan penjana tidak boleh berfungsi lagi.

    Seorang juruteknik membuka dan mengeluarkan penutup hadapan panel meter 11 kV (voltan medium) (yang dimiliki oleh syarikat agihan elektrik tempatan) untuk mencari kerosakan.

    Apabila tangannya berada dalam medan magnetik, percikan elektrik telah muncul. Dia mengalami kejutan elektrik, dan dijumpai di atas tanah dengan telapak tangan kiri dan tangan kanan melecur teruk. Dia telah diselamatkan dan dibawa ke klinik syarikat untuk rawatan perubatan.

    Tangan pekerja dengan kelecuran teruk di lokasi tangan, jari dan ibu jari.
  • Kenapakah ia berlaku?

    Sumber kuasa (penjana dan umum) hidup semasa panel itu dibuka.   Tiada permit kerja dan pengasingan elektrik.

    Tiada sistem saling berkait pada panel kuasa 11KV. Panel terlalu mudah dibuka.

    Juruteknik tidak mempunyai pentauliahan elektrik dan tidak meminta permit kerja.

    Pencarisilapan masalah dengan cepat tanpa konsultansi. Tiada penilaian risiko dilakukan.

    Arahan amaran 'Bahaya’ berada di dalam bilik itu, tetapi tanda 'Jangan buka’ berada pada panel tersebut.

    Juruteknik berseorangan semasa kejadian berlaku.

    Tiada peralatan perlindungan peribadi (PPE) tersedia di dalam bilik voltan medium/rendah. Juruteknik tidak memakai PPE yang bersesuaian untuk intervensi elektrik.

    Panel 11 kV tanpa sistem pemanca atau tanda amaran.
  • Apakah yang telah mereka pelajari?

    Menyediakan sistem pemanca pada semua panel meter awam voltan medium dan tinggi di semua lokasi.

    Menyediakan PPE elektrik dan kit menyelamat dalam bilik elektrik.

    Lekatkan papan tanda pada panel kuasa awam 11 kV. ‘Jangan buka’.

    Lekatkan papan tanda pada semua pintu bilik elektrik yang bertulis 'Akses dihadkan untuk pekerja yang dibenarkan’ dan 'Permit kerja diperlukan untuk sebarang intervensi dalam milik ini’.

    Menyediakan prosedur jelas pada tahap kebenaran elektrik untuk semua pekerja. Letakkan ia di dalam semua bilik elektrik.

    Menyediakan latihan dan kesedaran dalam permit kerja dan prosedur pengasingan.

    Memastikan juruteknik elektrik bertauliah.

    Menyediakan latihan induksi kepada semua juruteknik elektrik untuk tanggungjawab dan had mereka.

    Berikan latihan kebenaran elektrik kepada semua juruteknik elektrik.

    Pekerja yang tercedera terbaring di atas katil klinikal. Lengan dan tangan pekerja di balut dengan pembalut dan pekerja memakai monitor yang dilekatkan di dadanya.
  • Tanya diri anda atau krew anda

    Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku di sini?

    Fikirkan masa yang anda dan rakan sekerja cuba untuk menyelesaikan masalah elektrik. Apakah risikonya?

    Apakah PPE yang tersedia untuk tugas elektrik? Adakah ianya tersedia? Bilakah ia harus dipakai?

    Apakah proses untuk memberi kebenaran kepada intervensi elektrik?

    Apakah yang harus kita pelajari dari kejadian ini?

    Ask your crew - icon
Diterbitkan pada 17/01/22 318 Paparan

Seorang juruteknik mendapat kejutan elektrik dan melecur semasa membuka panel 11 kV. Dia tidak diberi kebenaran dan kuasa tidak diasingkan.